Adakah anda berminat dengan pekerjaan-pekerjaan yang melibatkan alam sekitar atau pekerjaan yang secara tidak langsung membantu mengurangkan pencemaran? Jika ya , maka ‘green career’ atau kerjaya berkolar hijau adlah sesuai untuk anda.

 

Menurut sumber ILO ( International Labour Organisation), green career /  Kerjaya “hijau” berkolar atau tidak adalah pekerjaan yang dilakukan membantu mengurangkan kesan negatif alam sekitar yang membawa kepada suasana ekonomi , perusahaan, dan persekitaran yang kondusif dan mampan dari segi sosial dan ekonomi. Kerjaya ‘hijau”  /green career mampu:

–     Mengurangkan penggunaan tenaga dan bahan mentah

–     Tiada atau Kurang pelepasan gas rumah hijau

–     Mengurangkan pembaziran dan pencemaran

–     Melindungi dan memulihkan ekosistem

 

Green career bukanlah salah satu cabang industri lain yang terasing. Malahan green career dan peluang kerjaya ini wujud dalam banyak sektor dan industri. Di Malaysia, terdapat 4 sektor utama yang menjadi fokus permulaan dalam bidang pekerjaan ini iaitu solar, air, tenaga dan sisa pepejal. Kini, Kementerian Sumber Manusia telah membangunkan 20 bidang Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan atau National Occupational Skill Standards (NOSS) dalam bidang Teknologi Hijau contohnya, Green Technology Compliance, Solar Installation & Maintenance, Waste Water Treatment Operator, Energy Audit Data Measurement dan Solid Waste Collection Operation. Sejumlah 68 NOSS teknologi hijau yang akan dibangunkan lagi pada masa yang akan datang. Bidang pekerjaan Kolar Hijau adalah suatu bidang yang berpontensi untuk meningkatkan ekonomi negara serta taraf hidup masyarakat kerana mampu menjana lebih RM 1 billion setahun. ( sumber: Karnival Skills Malaysia Melaka 2012).

 

Berikut di senaraikan statistik berkaitan bilangan green jobs yang telah tersedia di Malaysia pada tahun 2009 . ( sumber :  Frost & Sullivan and Worley Parsons Reseacrh 2009)

 

Sektor Tenaga : 6,023

Sektor Pembangunan : 86,951

Sektor  Pengangkutan : 21,605

Sektor ICT : 17,240

Sektor Air & Kumbahan : 21,162

Sektor Pembuatan : 12,336

Justeru, dengan kesedaran kepada kepentingan menjaga alam sekitar, green career semakin mendapat tempat dan kerjaya yang bekaitan ini bakal menjadi pilihan pada masa hadapan. Menurut ILO, banyak inisiatif dan program-program  yang telah dijalankan di sekitar Asia dan Asia Tenggara yang membabitkan promosi kepada green career ini. Malaysia juga telah terlibat dalam salah satu penyelidikan ILO ( Malaysia Green Jobs Project) bagi mengkaji polisi dan pembangunan ke arah penjanaan lebih banyak peluang pekerjaan ‘green career’ yang membantu ekonomi. Penyelidikan ini diharap mampu membantu kerajaan Malaysia bagi mengenalpasti dan mempromosikan bidang kerjaya ‘hijau’ dengan lebih meluas lagi. Usaha-usaha promosi kerjaya hijau kini diterajui oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) ,GreenTech Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia.

Sumber rujukan :

http://www.greentechmalaysia.my

http://www.kettha.gov.my/

http://www.ilo.org/asia/whatwedo/projects/WCMS_189399/lang–en/index.htm

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Join our mailing list to receive the latest news and updates from our team.

You have Successfully Subscribed!

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.