Sejajar dengan rancangan pengembangan dan peluang pertumbuhan, Kejuruteraan MAS Aerospace (MAE) telah ditubuhkan sebagai sebuah anak syarikat milik penuh MAS. Selain daripada menjalankan semua kerja-kerja penyelenggaraan pesawat MAS sendiri, MAE juga aktif di dalam menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan talian dan hangar kepada syarikat penerbangan asing dari seluruh dunia. Setakat ini, MAE telah menjalankan perkhidmatan penyelenggaraan kepada lebih 100 pelanggan dari seluruh dunia dan telah berjaya meletakkan MAE sebagai MRO dengan pengiktirafan antarabangsa.
Pengaruh global MAE berkembang bukan sahaja melalui servis kepada pelanggan di seluruh dunia, tetapi juga melalui usaha sama iaitu seperti yang ditubuhkan di Hyderabad, India, MAS GMR Aerospace Engineering Co Ltd. “(MGAE) dan MRO anak syarikat, MAS GMR Aero Teknik Limited” (MGAT).
Kejayaan MAE telah diiktiraf di peringkat global melalui anugerah dan penilaian yang diterima:
2011 – Rated ‘Terbesar Syarikat Penerbangan Dunia MRO’ & ‘Dunia No. 3 Pesawat MRO Pembekal ‘oleh Aviation Week.
2009 – Dianugerahkan “Asia Pasifik kerangka pesawat udara MRO Center of the Year” oleh Frost & Sullivan.
– Baik Pulih & Penyelenggaraan Aviation Week 2009 Best Asia Pasifik Airline MRO Operasi.
Semua perkhidmatan yang disediakan adalah di bawah kelulusan dan pengesahan daripada Kejuruteraan Penerbangan Malaysia Bahagian Penyelenggaraan. ”
Selain daripada mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), MAE mempunyai kelulusan yang utama dari Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA), Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan lebih daripada 26 negara-negara lain.
Diantara perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak MAS Aerospace Engineering adalaah:

Penyelenggaraan kerangka pesawat udara & Pengubahsuaian
Penyelenggaraan selaras & Sokongan AOG
Penyelenggaraan Sokongan komponen & Enjin
Kejuruteraan & Perkhidmatan Khusus
Pengurusan bersepadu Armada Teknikal
Latihan kejuruteraan
Perundingan MRO
Career2zoom dan para peserta program career2zoomXplore dalam program lawatan yang lalu telah berpeluang untuk melihat sendiri kerja-kerja pembaik pulih dan penyelenggaraan pesawat dilakukan. Selain itu kami juga telah diberi taklimat khas berkaitan dengan salah satu perkhidmatan MAS Aserospace iaitu latihan kejuruteraan.
Menurut Pn.Rabbani ( Chief Controller Unit) , terdapat banyak rangkaian kerjaya dalam MAS sendiri dan 2 kerjaya utama di MAS Aerospace Engineering adalah jurutera dan juruteknik. Sebagai salah satu daripada pusat latihan yang diiktiraf oleh DCA, Pusat latihan MAS memerlukan individu yang benar-benar berkelayakan, mempunyai minat yang tinggi dan mempunyai wawasan serta seronok bekerja sebagai seorang jurutera. 3 aspek utama yang ditekankan adalah sikap, ilmu dan kemahiran seseorang.
Syarat kelayakan minimum bagi ditempatkan didalam pusat latihan ini adalah Gred C (bagi juruteknik) dan Gred B (bagi jurutera) untuk subjek-subjek sains, teknikal dan matematik. Walaubagaimanapun, persaingan untuk mendapat tempat sebagai pelatih adalah terhad dan kelayakan kebanyakan pemohon rata-rata adalah gred A. Selain itu, latihan kejuruteraan menuntut pembiayaan yang tinggi sekitar RM 200,000. Oleh itu pemohon digalakkan memohon beserta dengan tawaran biasiswa daripada syarikat atau agensi-agensi seperti Felda dan yayasan negeri kerana pihak MAS tidak lagi menaja pembiayaan bagi mengikuti latihan tersebut.
Latihan kejuruteraan di MAS memakan masa selama 5 hingga 6 tahun bagi jurutera dan 3 tahun bagi juruteknik. Setelah selesai latihan, mereka tidak dikurniakan ijazah atau diploma tetapi lesen kejuruteraan yang boleh diguna pakai oleh semua syarikat penerbangan dalam Negara dan antarabangsa. Justeru itu, tidak hairanlah jika ramai jurutera kelahiran MAS Aerospace ini mendapat tawaran bekerja bukan sahaja didalam Malaysia tetapi kemahiran mereka mendapat permintaan yang tinggi di peringkat antarabangsa terutamanya di Timur Tengah.