Di antara objektif asal penubuhan Yayasan An-Nahdhoh bertujuan untuk membina madrasah An-Nahdhoh. Menurut YDP Yayasan An-nahdhoh Ustaz Abdul Mutalib , ekonomi sangat penting untuk merealisasikan pendidikan, justeru itu selain daripada sumbangan daripada orang ramai, pihak pengurusan yayasan telah merancang awal beberapa prasarana yang dapat membantu menjana pendapatan yang lebih stabil dan digunakan untuk menampung kos madrasah dan pendidikan di An-nahdhoh.

 

(Audio mengenai keupayaan  ekonomi yayasan)

Sila muat-turun Quicktime Player sekiranya anda tidak dapat mendengar audio

Berteraskan muamalat pihak yayasan menubuhkan hotel dan dikenali sebagai An-Nahdhoh Inn dan pasar mini.

“An Nahdhoh Inn menawarkan sesuatu yang tiada di tempat lain. Ketenangan pencari ilmu dalam pengembaraan yang tidak putus-putus. Datanglah beristirehat di sini. Dan pada masa yang sama, ikuti kuliah dan majlis-majlis ilmu yang terdapat di Madrasah An Nahdhoh atau tempat pengajian lain di sekitar kawasan ini.” http://www.annahdhoh-inn.com/index.html

An-Nahdhoh Inn mnyediakan tempat persinggahan yang selesa serta kemudahan hotel berciri islamik dengan harga berpatutan. An-nahdhoh Inn telah beroperasi sejak tahun 2007 dan dirasmikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz b. Nik Mat. Kemudahan yang disediakan termasuklah 33 bilik berhawa dingin, dua dewan seminar, bilik mesyuarat dan asrama. Keunikan An-Nahdhoh Inn ialah ia dibina hasil sumbangan sepenuhnya oleh orang ramai. Selain kemudahan yang biasa, hotel ini menyediakan pakej-pakej penginapan untuk badan-badan swasta dan kerajaan sambil menimba ilmu agama yang dikenali sebagai pakej 3in 1 ( menginap, menderma dan menimba ilmu agama) .

Aktiviti yang dijalankan dihotel ini merupakan aktiviti keagamaan seperti pakej Ramadhan, Program cuti sekolah, tuisyen SPM, kursus pakej perkahwinan, kursus jenazah dan kursus haji.

Pasar Mini AnNahdhoh pula merupakan ‘one stop centre’ bagi perkampungan islam AnNahdhoh. Disinilah para pelajar Maahad Tahfiz dan penduduk kampong Islam AnNahdhoh mendapatkan bekalan runcit seharian mereka. Dengan berbekalkan moto halalan toyyiban, pasar mini ini membekalkan barangan runcit, kitab pengajian agama, majalah dan cd kuliah. Selain menjana pendapatan yayasan, ia juga bertindak sebagai pembantu usahawan kecil yang ingin memasarkan produk dan barangan halal mereka. Pasar mini ini juga telah dibuka pada tahun yang sama dengan hotel iaitu pada tahun 2007.

 

(Audio mengenai perbincangan isu semasa)

Sila muat-turun Quicktime Player sekiranya anda tidak dapat mendengar audio