Laman web aplikasi ini merupakan alat yang dapat membantu anda membuat penyelidikan ketika membaca secara online. Fungsinya adalah sama dengan penggunaan pen ‘highlighter’, kertas nota kecil dan penanda buku. Dengan menggunakan diigo, anda boleh bukan sahaja boleh menanda laman web yang anda suka ( bookmark) tetapi pada masa yang sama anda boleh ‘highlight’  perkataan menggunakan beberapa warna pilihan serta menyertakan nota kecil  sebagai peringatan. Artikel atau perenggan yang telah anda tanda atau ‘highlight’ boleh disimpan dalam ‘My diigo Library’ untuk rujukan pada masa akan datang. Selain itu anda juga boleh berkongsi artikel tersebut melalui Twitter, Facebook atau Google Buzz. Diigo juga boleh digunakan melalui gajet iPhone , iPad dan Android. Anda boleh mewujudkan kumpulan (group) untuk berkongsi maklumat bersama rakan-rakan. Kemudahan ini amat sesuai bagi pelajar yang sering menggunakan maklumat online dan membuat tugasan kerja berkumpulan. Diigo boleh digunakan secara percuma (penggunaan terhad )atau berbayar untuk perkhidmatan yang lebih meluas. Anda boleh mendaftar diigo dengan menggunakan akaun google atau facebook.