Keluaran yang lalu, saya mengutarakan secara ringkas  beberapa elemen penting sebagai tatapan pembaca berkenaan a) self-assesstment, b) peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM, atau peperiksaan seumpama yang perlu diharungi, c) pelabelan negatif, dan d) rangka perjalanan untuk ke destinasi yang hendak dituju. Realiti sebenar yang dilalui oleh pelajar bukan sahaja setakat peperiksaan malahan pembangunan diri secara total seperti akhlak, akidah, pemikiran kreatif dan innovatif, dan KSA (knowledge, skills and ability).

 

Menyedari hakikat bahawa setiap kebaikan pasti diuji, maka pelajar/individu perlu mempersiapkan diri dengan segala bekalan untuk menghadapi dugaan yang mendatang  disepanjang perjalanan untuk mengejar cita-cita dengan mengambilkira pembangunan diri secara total.

Bulan ini kita akan membicarakan tentang bagaimana untuk mengekalkan ketahanan diri dengan mengkhususkan kepada keseimbangan dan kualiti pemakanan sebagai usaha untuk meransang otak agar fugsinya dapat dioptimakan.

Akal yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia adalah sangat istimewa dan menjadi tunggak utama dalam membezakan antara manusia dengan makhluk lain di muka bumi ini. Lantaran itu, career2zoom telah membuat pengumpulan maklumat secara terperinci hal-hal berkenaan otak terutamanya berhubungkait dengan penjagaan kesihatan otak khusus kepada para pelajar dan ibubapa.

Umum mengetahui bahawa, ketahanan mental memerlukan stamina sepertimana aktiviti anggota fizikal yang lain. Kebiasaannya pelajar akan ‘warming up’ sebelum sesuatu acara bermula misalnya larian 100 meter atau bermain bola sepak selama 90 minit dan sebagainya. Namun perkara yang sama jarang dilakukan untuk otak yang kerapkali digunakan untuk berfikir, menyelesaikan masalah, menyimpan data, daya ingatan, dan menganalisa.

Otak juga sebenarnya memerlukan stamina agar ketahanan dan kemampuan dapat dikekalkan selagi mana diperlukan.

Persoalannya:

  1. Berapa ramai yang tahu bagaimana hendak warming up otak sebelum melakukan sesuatu urusan?

  2. Berapa ramai yang tahu dan sentiasa mengamalkan diet untuk otak kita?

  3. Berapa ramai yang tahu kehebatan fungsi dan keupayaan otak manusia?

  4. Berapa ramai yang tahu proses sebenar keberkesanan otak memproses, menganalisa, dan menaksir hasil kepekaan pancaindera.

Kebijaksanaan yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia nyata dapat membantu manusia membuat penyelidikan ke atas otak seperti fungsi otak, sistem saraf, khasiat yang diperlukan, dan kaedah untuk mengekalkan tahap kesihatan otak. Bulan ini carer2zoom.com akan sedaya upaya membongkar bagaimana ilmu dietari yang seimbang  dapat membantu perkembangan dan pembangunan otak pelajar untuk mencapai kecemerlangan disekolah.

Rata-rata masalah utama pelajar adalah ketika berhadapan dengan aktiviti mengulangkaji pelajaran, kuliah, latihan dalam kelas, dan kelas tutorial. Pelbagai rintangan yang kebiasaanya dihadapi oleh pelajar iaitu mengantuk, tidak ada idea, lupa, tidak dapat memberi tumpuan, dan seumpamanya.  Ada kemungkinan kesemua ini terjadi berpunca dari ketiadaan diet yang seimbang untuk otak dan latihan stamina yang tidak mencukupi untuk membolehkan otak berfungsi pada tahap optima ketika diperlukan.

Pemakanan yang betul

Secara umumnya otak manusia memerlukan nutrient yang seimbang untuk otak yang sihat seperti kaborhidrat, omega-3 fatty acid, vitamin B, B12, C, dan E. Justeru itu, peranan ibu bapa, pelajar, pengusaha kantin sekolah, dan pentadbiran sekolah adalah amat penting untuk merangsang kepada pembekalan dan penyedian pemakanan yang berkualiti dan seimbang untuk melahirkan individu yang cemerlang. Untuk mengubah cara hidup atau budaya makan mengikut dietari yang seimbang sememangnya agak mencabar disebabkan pengaruh budaya sedia ada dan persekitaran yang kurang peka dengan gaya hidup sihat. Dengan yang demikian kecekalan dan sentiasa istiqamah diiringi amalan yang baik InsyaAllah akan berjaya mengubah amalan lama ke budaya yang baru.

Selain dari pemakanan yang seimbang, perkara penting yang menjadi pokok perkembangan ‘syaksiah’ diri dan kecerdasan otak adalah berkenaan hukum sumber perolehan makanan itu sendiri iaitu halal dan haram. Walaupun makanan yang dihidangkan menepati dietari yang seimbang dan berkualiti, namun jika ianya bersumberkan cara perolehan yang haram pasti sukar mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT. Terdapat juga faktor-faktor lain yang menyumbang kepada keupayaan dan kecerdasan  otak misalnya faktor rehat yang cukup, aktiviti fizikal, dan amalan kerohanian.

Sebagai renungan bersama:

Firman Allah SWT:

“Wahai Rasul-rasul makanlah dari makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amalan soleh .” (Al-Mukminun:51)

Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepada kamu.” (Al-Baqarah: 172)

 

Wartawan Career2zoom telah membuat sesi temubual  bersama seorang pakar pemakanan Pn Siti Rohana binti Din yang bertugas di Jabatan Kesihatan Daerah Seberang Prai Utara, Pulau Pinang pada 28.7.2011. Ikutilah rakaman video berkenaan maklumat, pandangan, dan nasihat daripada beliau kepada pembaca career2zoom.com. Turut hadir dalam sesi temubual adalah wakil ibu dan juga merangkap Pengerusi Pertubuhan Wanita (WI) Daerah Kulai, Johor untuk sama-sama menjayakan sesi temubual ini.

 

 

Pengenalan Diet untuk Bayi

 

 

Fokus Diet Stamina untuk otak

Sekian Wallahu A’lam

Tugasan Anda. 
  1. Apakah sumber makanan yang kaya dengan Omega-3?
  2. Apakah sumber makanan yang kaya dengan vitamin B1,  B6 dan Vitamin E?
  3. Apakah permainan yang dapat membantu otak untuk ‘warming up’?

Rujukan lain yang dapat membantu anda memahami dengan lebih mendalam berkenaan dietari dan kesihatan otak.

ii.      http://www.brainready.com/blog/thetop5brainhealthfoods.html

iii.      http://www.bbcgoodfood.com/content/wellbeing/features/boost-brainpower/3/

iv.      http://www.ag.ndsu.edu/pubs/yf/famsci/fs611w.htm

v.      http://www.healthyeatingkids.info/food-for-the-brain-development.html

vi.      http://www.yourfamilyclinic.com/nutrition/brainboost.html

vii.      http://www.brillbaby.com/after-birth/baby-brain-nutrition.php

viii.      http://www.ehow.com/facts_5598563_effect-food-brain-development.html

ix.      http://www.umm.edu/altmed/articles/omega-3-000316.htm

x.      http://www.iptho.edu.my/pusatsumber/articles.php?article_id=190

xi.      http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=2&opt=com_article&grp=2&sec=&key=2272&cmd=resetall

 

KREDIT & UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA

PN. SITI ROHANA BT. DIN (PEGAWAI SAINS ZAT MAKANAN) JABATAN KESIHATAN SEBERANG PERAI UTARA &

PN.HJH.HAMISAH BT. HJ ISMAIL (WAKIL IBU & PENGERUSI WOMEN INSTITUTION (WI) DAERAH KULAI, JOHOR