Membaca adalah amalan yang paling baik bagi kita untuk menambah ilmu pengetahuan. Selain daridapa buku-buku pelajaran disekolah, kita digalakkan untuk membaca buku-buku ilmiah lain yang boleh didapati daripada majalah, ensiklopedia, internet dan pelbagai media lain. Sumber rujukan paling mudah untuk mendapatkan kesemua ini tentulah boleh kita dapati dari perpustakaan.

 

Sebagai rakyat Malaysia, kita bertuah kerana terdapat banyak perpustakaan yang boleh diakses dengan mudah. Tiada alasan yang boleh diberikan mengapa kita tidak pergi ke perpustakaan. Terdapat perpustakaan desa, perpustakaan pekan, perpustakaan daerah dan negeri. Kebanyakan perpustaakaan awam  di negara kita adalah percuma cuma bayaran minima (RM 1- 5 ) dikenakan untuk membuat pinjaman sebagai ahli setahun. ‘Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. Budaya membaca amat penting bagi kita untuk mengorak langkah  menjadi masyarakat yang lebih maju dan berpengetahuan.

Perpustakaan pertama pilihan majalah kami dalam keluaran ini adalah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAP). Penulis berasa sungguh teruja untuk ‘menjelajahi’ PPAP walaupun kerap berkunjung  ke perpustakaan meminjam buku. Kami disambut mesra oleh, Pn Shukriah binti Hj.Yon, Pengarah PPAP bertempat di Perpustakaan Pusat Seberang Jaya, Pulau Pinang. Pn. Shukriah sungguh berbangga dan petah menceritakan tentang PPAP dan projek-projek di bawah seliaan PPAP.

Secara ringkasnya PPAP  mempunyai sebanyak 101 buah pusat perkhidmatan memberi khidmat kepada 237 lokasi di seluruh Pulau Pinang. PPAP juga menerima anugerah sijil MS ISO 9001  pada tahun 2008. Diantara keunikan PPAP adalah ia merupakan perpustakaan langganan yang pertama tertua di Malaysia (bermula dengan Penang Library pada tahun 1817). Menurut Pn.Shukriah, kesemua pusat perkhidmatan tersebut dihubungkan melalui rangkaian dan menyediakan perkhidmatan secara atas talian iaitu ‘ubiquitous library’. Antara keunikan PPAP ialah pengguna hanya perlu mendaftar menggunakan myKad atau myKid untuk menjadi ahli dan boleh meminjam di mana-mana pusat perkhidamatan di dalam rangkaian PPAP serta boleh memulangkan  di mana-mana pusat perkhidmatan walaupun di luar waktu perpustakaan melalui ‘book drop’.

PPAP juga tidak tertumpu kepada perkhidmatan biasa perpustakaan malahan menjalankan beberapa aktiviti luar untuk menarik minat masyarakat menjadi ahli perpustakaan. Selain itu, projek-projek kreatif juga di wujudkan dan berpusat di Perpustakaan Seberang Jaya. Antara projek-projek kreatif yang menarik minat penulis adalah :

  • Projek Galeri P.Ramlee

  • Projek pendigitan koleksi Pulau Pinang, Malaysiana dan bahan-bahan nadir secara inhouse

  • Projek sejarah-sejarah pameran buku penulis-penulis Pulau Pinang

  • Projek ‘Setiap Bayi Satu Buku’ yang menerima anugerah tempat ketiga di persidangan IFLA

  • Projek e-book dan pinjaman melalui ‘I Love Library’

  • Projek alihbahasa buku ke bahasa Braille (in-house)

 

Outreach services : perkhidmatan perpustakaan kepada masyarakat kampung warga emas dan golongan kurang upaya yang tidak dapat mendapat perkhidmatan. Contoh aktiviti yang akan dilaksanakan

 

  • “Bacalah Walau DiMana Anda Berada’ – penghuni penjara dan warga emas (Ogos 2011)
  • “Masih ada yang Sayang – Bacalah “ – khusus untuk golongan Orang Kelainan Upaya (Autisme, Lembam, Hiperaktif dan lain-lain) (September 2011)
  • “Sesaat Perjalanan Sejuta Pengetahuan” bersama RapidPenang dan Penang Port (Feri) (Julai 2011)
  • “Jauh Perjalanan Luas Pandangan Penuh Keilmuan” akan dilakukan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (Julai 2011)

 

ADAKAH ANDA TAHU ?

 

  • Aktiviti penceritaan untuk kanak-kanak diadakan setiap minggu dan bertema bagi menarik minat kanak-kanak ke perpustakaan
  • Anda boleh (pelajar remaja hingga orang dewasa) menjadi sukarelawan di perpustakaan sekiranya berminat untuk menambah kemahiran.
  • Pelajar digalakkan untuk membuat ‘homework’ di perpustakaan dan dialu-alukan meminta bantuan daripada petugas dan pustakawan.

 

Penulis sungguh kagum dengan perkhidmatan dan keupayaan PPAP dan mengajak pembaca sekelian bersama-sama memanfaatkan fasiliti yang disediakan. Sekian.

Laman web PPAP: http://www.penanglib.gov.my/