Kesinambungan daripada perancangan matapelajaran untuk peperiksaan SPM dalam keluaran yang lepas, kami memfokuskan pula perancangan pada peringkat STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia).

 

Bagi kebanyakan pelajar, STPM merupakan peluang kedua kepada mereka untuk menjejakkan kaki ke universiti. Walaupun jumlah pelajar yang mengambil STPM adalah kurang berbanding SPM, peperiksaan STPM sebenarnya diiktiraf di peringkat antarabangsa dan kelayakannya diterima pakai oleh kebanyakan universiti khususnya negara-negara komanwel, Amerika Syarikat dan Republik Ireland. Tambahan pula, yuran pembiayaan untuk mengambi peperiksaan STPM adalah yang termurah berbanding dengan ‘A’ level di kolej-kolej swasta. Justeru, pelajar yang tidak diterima masuk ke pusat asasi matrikulasi atau program-program pengajian lain untuk melanjutkan pelajaran ke universiti wajar mengambil peperiksaan STPM kerana ia membuka cabang yang luas untuk diterima masuk ke universiti walaupun ia mengambil masa yang lebih panjang ( 1 tahun setengah). Seperti peperiksaan SPM, STPM  juga mengalami beberapa perubahan dari segi matapelajaran yang diambil serta laporan keputusan peperiksaan sejak tahun 2003.

 

Pengiraan markah akademik untuk laporan keputusan STPM diambil daripada 4 matapelajaran terbaik termasuk Pengajian Am. Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia, terdapat 23 subjek yang boleh diambil oleh pelajar STPM. Walaubagaimanapun, pengambilan subjek-subjek tersebut tertakluk juga kepada keupayaan sekolah yang menawarkan STPM. Pada peringkat ini, pelajar perlu bijak menyusun atur strategi dan kombinasi subjek supaya bersesuaian dengan syarat-syarat kemasukan ke kursus-kursus yang diidamkan di peringkat pengajian tinggi.

Berdasarkan Majlis Peperiksaan Malaysia , berikut adalah subjek-subjek yang ditawarkan dan syarat-syarat kombinasi subjek:

900 Pengajian Am

910 Bahasa Malaysia

911 Bahasa Cina

912 Bahasa Tamil

913 Bahasa Arab

920 Literature in English

922 Kesusasteraan Melayu

930 Syariah

931 Usuluddin

940 Sejarah

942 Geografi

944 Ekonomi

946 Pengajian Perniagaan

948 Perakaunan

*950 Mathematics S

*954 MathematicsT

*956 Further Mathematics T

***958 Computing

#960 Physics

#962 Chemistry

#964 Biology

966 Sains Sukan

*** Seni Visual

Catatan: * (1)  Mata pelajaran 950 tidak boleh diambil bersama dengan 954 atau 956.
(2)  Mata pelajaran 956 hanya boleh diambil bersama dengan 954.
**  

Mata pelajaran 958 hanya ditawarkan kepada calon sekolah kerajaan dan sekolah swasta yang dibenarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia sahaja.

 

***

 

 

Kertas 1 dan Kertas 2 mesti diambil. Calon sekolah kerajaan dikehendaki mengambil Kertas 3, manakala calon sekolah swasta dan calon persendirian individu dikehendaki mengambil kertas 4.

#  

Kertas 1 dan 2 mesti diambil. Calon sekolah kerajaan dikehendaki mengambil kertas 3. Calon sekolah swasta boleh memilih untuk mengambil kertas 3 atau kertas 4 tertakluk kepada kelulusan Majlis Peperiksaan Malaysia. Calon persendirian individu, calon mengulang, dan calon yang mengambil Physics, Chemistry, dan Biology di luar pakej yang ditawarkan oleh sekolah dikehendaki mengambil kertas 4.

 

Jadual di atas adalah berdasarkan syarat-syarat umum. Berikut pula adalah jadual kombinasi subjek STPM serta cadangan IPTA bagi melanjutkan pelajaran dalam 4 bidang kritikal iaitu Perubatan, Farmasi, Kejuruteraan dan Pergigian.

Jadual : Kombinasi matapelajaran Sains dan Bidang pengajian kritikal di IPTA ( Sumber : Mohd Yahya M Ariffin & M Haizuan)

Kombinasi Mata pelajaran

 

Peluang Melanjutkan Pelajaran dalam bidang Kritikal

 

 

Bidang pengajian

 

IPTA

Matematik

Kimia

Biologi

 

Perubatan

Kejuruteraan

Pergigian

Farmasi

 

UM, USM, UKM, UPM, UNIMAS

USM, UMS

UM, USM, UKM

UM, USM, UKM

Matematik

Kimia

Fizik

 

Perubatan

Kejuruteraan

Pergigian

Farmasi

 

USM, UPM

UM, USM, UKM, UPM, UNIMAS, UMS

USM

UM, USM

Matematik

Fizik

Biologi

 

Perubatan

Kejuruteraan

Pergigian

Farmasi

 

UM, USM, UKM, UPM, UNIMAS

USM

UM, USM, UKM

USM, UKM

Kimia

Fizik

Biologi

 

Perubatan

Kejuruteraan

Pergigian

Farmasi

 

UM, USM, UKM, UPM, UNIMAS

USM,

UM, USM, UKM

USM, UKM

Selain daripada 4 subjek yang perlu diambil, pelajar perlu lulus subjek Pengajian Am. Pelajar STPM juga perlu menduduki peperiksaan MUET(Malaysian University English Test)  apabila hendak melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan. MUET akan diambil dikra semasa permohonan ke universiti tempatan dibuat.

Format penyataan keputusan peperiksaan STPM adalah seperti yang berikut :

GRED MATA PELAJARAN

NGMP

A

4.00

A-

3.67

B+

3.33

B

3.00

B-

2.67

C+

2.33

C

2.00

C-

1.67

D+

1.33

D

1.00

F

1.00

Menurut perkembangan terbaru, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong menyatakan bahawa format peperiksaan STPM akan berubah menjelang 2012 daripada system terminal kepada sistem modular. Jika sistem modular dilaksanakan, ini bermakna pelajar akan dipantau dan diperiksa dihujung setiap semester iaitu sebanyak 3 semester. Sistem ini akan memudahkan pelajar untuk belajar dan selaras dengan sistem yang dijalankan di institusi pengajian tinggi. (Sumber : TheStar). Walaubagaimanapun, sistem modular masih lagi belum berkuatkuasa sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Sumber :

Majlis Peperiksaan Malaysia (www.mpm.edu.my)

Mohd Yahya M Ariffin/M Haizuan (2006) Akademik, kerjaya dan Anda – edisi kedua.