Kesinambungan dari pemahaman dan kemahiran menyediakan cv atau resume, pelajar perlu mula mengkaji dan menyakini diri sendiri tentang kerjaya yang diidamkan. Pembentukan peribadi dan personaliti kerjaya yang diminati dan diidamkan ini adalah langkah bijak untuk  terus meningkatkan motivasi diri.

Pembacaan yang berterusan berkenaan bidang tersebut dan trend samada melalui majalah, internet dan sebagainya juga amat membantu untuk terus memupuk minat dan maklumat terkini yang boleh menjadi satu kelebihan dan kekuatan apabila tiba masanya.

Bercakap sememangnya lebih mudah daripada melakukannya apatah lagi untuk dijadikan budaya. Walaupun begitu, saya masih juga ingin menyarankan agar pelajar perlu mempunyai penjadualan yang rapi sebagai persediaan untuk berjaya. Penjadualan masa amat penting dan seboleh-bolehnya setiap minit, jam, hari, mingggu, bulan dan tahun pelajar telah mempunyai aturcara yang tersusun dan sentiasa sibuk untuk melaksanakannya. Adalah disarankan agar pelajar mengambil faedah dari jadual waktu solat sebagai panduan untuk merencanakan setiap program dan aktiviti.

Langkah seterusnya ialah memperkenalkan kepada pelajar pendekatan ‘milestone’ atau penjadualan sebagai satu projek yang dapat membiasakan pelajar untuk mula menjadualkan semua perlakuan dan kerja dengan due date. Pendekatan ini akan membolehkan pelajar lebih jelas dengan hala tuju, objektif, dan sentiasa mengurus masa dan urusan dengan lebih sistematik, bijak, dan berkesan. Masa adalah amat penting disebabkan ia sentiasa bergerak maka kita perlu mempunyai kemahiran dan kelajuan yang setara agar tidak digelar di antara golongan yang rugi.

‘Milestone’ sering digunakan oleh golongan professional untuk menjadualkan tindakan yang perlu dilakukan mengikut masa yang ditetapkan.  Tidak menjadi salah jika milestone ini digunakan oleh pelajar untuk merancang tindakan yang perlu dilakukan dengan meletakkan kerjaya yang dicitakan sebagai satu projek jangka panjang. Manakala projek jangka pendek adalah merangka penjadualan persiapan setiap peperiksaan yang bakal dihadapi oleh pelajar.

Berikut ialah beberapa contoh elemen yang perlu diberi perhatian untuk memulakan penjadualan:

Kami yakin dengan Perancangan awal sebegini akan membantu pelajar untuk lebih cenderung membuat persiapan demi mengejar cita-citanya. Diyakini dengan pendedahan penjadualan dan milestone ini akan membangkitkan semangat motivasi diri secara semulajadi untuk berjaya dan secara tidak langsung pelajar akan mahir dalam bidang pengurusan seperti masa, projek, dan yang lebih penting ialah ‘meeting the dateline’.