Kerjaya sebagai Pengurus Pengedaran dan Logistik (Distribution & Logistic Manager)

 

 

Kerjaya sebagai Pengurus Pengedaran dan Logistik

 

Pengurus menguruskan penyimpanan dan pengedaran barangan yang melibatkan sistem telekomunikasi dan IT.Mereka merancang pergerakan barangan dan bekalan dalam sistem rantaian termasuklah melibatkan pembekal bahan mentah, pengeluar , peruncit dan pengguna. Mereka juga perlu mengambil kira pengaruh luar seperti kos bahan api, pengangkutan dan alam sekitar.Peranan penting mereka adalah untuk mengurus kawalan stok, pergudangan dan memastikan struktur tempat penyimpanan adalah selamat.


Syarat-syarat Am

 

Subjek di sekolah : Sains, Geografi, Ekonomi, Matematik

Diploma

Ijazah Sarjana Muda

 

Pendidikan

 

 

Bidang pekerjaan ini sebenarnya terbuka kepada semua bidang disebabkan barangan peruncitan dan keperluan harian pengguna terdiri daripada pelbagai barangan. Walaubagaimanapun, ijazah sarjana muda yang mempunyai asas ekonomi dan perniagaan serta sistem maklumat dapat membantu anda memahami bidang pekerjaan ini dengan lebih cepat.

 

Pasaran Pekerjaan

 

Permintaan kepada bidang pengurusan logistik dan pengedaran di Malaysia adalah tinggi dan luas. Ini disebabkan keadaan ekonomi yang rancak dan kemampuan pengguna di Malaysia yang semakin tinggi serta permintaan pelbagai barangan asas dan sampingan. Pasaran pekerjaan juga tidak tertumpu kepada sektor tertentu sebaliknya hampir kesemua bidang sektor yang melibatkan pengguna memerlukan khdmat pengurus yang profesional termasuklah dari bidang pembuatan , minyak dan petroleum, telekomunikasi, pergudangan dan pengangkutan, pembinaan hingga ke barangan runcit seharian.

 

Gaji

 

RM 2000 hingga RM 6,500 sebulan ( sumber : Jobstreet.com)

© Peter Mautsch  Maranso Gmbh | Dreamstime.com