Selamat tahun Baru dan selamat kembali ke alam persekolahan  kepada warga pelajar sekolah rendah dan menengah Malaysia. Tradisi awal persekolahan, pasti guru-guru akan melantik ketua kelas atau pemimpin pelajar seperti ketua pengawas, pengawas, ketua persatuan dan seumpamanya. Beberapa persoalan yang boleh kita renungi bersama adalah:

  1. Pernahkah anda memikirkan bagaimana perlantikan dibuat ?
  2. Adakah perlantikan ini dibuat secara demokrasi ?
  3. Adakah kita mengenali orang yang dicalonkan atau dilantik ?
  4. Apakah ciri-ciri dan perwatakan calon pemimpin?
  5. Adakah anda memahami erti sebenar kepimpinan?

Bulan ini, career2zoom.com akan membawa pembaca mengamati dan menghalusi semula erti kepimpinan dan menilai kembali adakah setiap pencalonan dan pemilihan sebelum ini dilakukan dengan bijaksana atau sebaliknya. Menurut Kamus Dewan, pemimpin ialah orang yg memimpin. kepimpinan pula merupakan keupayaan memimpin. Pertama sekali kita perlu mengenal calon pemimpin agar tidak tersalah pilih. Kebiasaannya, beberapa kriteria untuk mengenal calon pemimpin adalah :

  • A true leader understands and listens to people.
  • A true leader enlightens people.
  • A true leader guides, but does not dictate to, people.
  • A true leader enables and empowers people.
  • A true leader motivates people.
  • A true leader inspires people.
  • A true leader credits people.
  • A true leader helps people.
  • A true leader leads people by example.
  • A true leader serves people.

(Source:Pappas (2009))

Memberi pendedahan ilmu kepimpinan dan budaya pemilihan dengan cara yang bijaksana kepada pelajar amat penting disebabkan pelajar adalah pewaris dan bakal menerajui keluarga, jabatan, dan negara. Bayangkan jikalau kita tersalah pilih pemimpin walaupun hanya diperingkat sekolah atau kolej pasti kucar-kacir jadinya apatah lagi diperingkat jabatan dan negara.Kepercayaan kepada kredibiliti dan kemampuan diri sendiri adalah penting. Memetik daripada buku ‘Resipi Kejayaan Pembimbing Rakan Sebaya’, seseorang itu perlu mempunyai kebolehan untuk memimpin diri sendiri dahulu barulah boleh menjadi pemimpin untuk orang lain.

A true leader leads people by example.

Pemimpin perlulah mempunyai akhlak yang baik dan tahap pematuhan yang tinggi terutamanya undang-undang atau peraturan serta mempunyai kelebihan dari segi akademik yang baik dan tidak tercicir. Misalnya jika pemimpin sendiri tidak mematuhi undang-undang dan peraturan bagaimana pula hendak menguatkuasakan undang-undang yang sama ke atas orang lain.Pemimpin yang baik menunjukkan contoh yang baik kepada orang yang dipimpinnya. Keperibadian yang tinggi sepanjang masa melambangkan kepercayaan orang lain terhadapnya. Contoh terbaik iaitu Rasullullah saw yang menunjukkan sikap dan sifat yang terpuji serta dihormati walaupun sebelum baginda menjadi rasul.

A true leader inspires people.

Pemimpin pelajar yang baik dapat memberi inspirasi kepada rakan-rakannya atau orang dipimpinnya. Inspirasi boleh didapati apabila pemimpin itu mempunyai wawasan dan matlamat yang jelas. Matlamat dan wawasan yang jelas dapat diterjemahkan melalui pembawakan diri yang berhemah tinggi serta cadangan-cadangan idea yang bernas kepada guru dan rakan di dalam sekolah, kelas atau persatuan. Justeru, pemimpin pelajar perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang bukan hanya berkisar di sebalik buku teks sahaja tetapi melalui bahan pembacaan lain dan rujukan daripada persekitaran.

A true leader understands and listens to people.

Memahami dan sedia mendengar adalah ciri-ciri pemimpin yang baik. Perlu diingat bahawa pemimpin adalah orang yang dipertanggunjawabkan oleh orang ramai ( guru, rakan di sekolah) oleh itu segala keputusan yang dibuat tidak dapat tidak harus mendapat ‘input’ daripada orang lain. Di sinilah kemahiran mendengar dan memahami situasi atau masalah perlu ada. Orang yang dipimpin tentu akan merasai dirinya dihargai apabila pemimpin mengambil masa untuk mendengar dan memahami masalah atau idea yang diutarakan.

 

A true leader credits people.

Pemimpin yang sejati tidak mengambil ‘kredit’ ke atas dirinya sendiri. Menurut Pappas (2010),

A true leader sees his work as a selfless service toward a higher purpose . . . When it comes time to take credit, he makes himself invisible; but he is the first to answer at the time of need, and he will never shrink away in fear . . .  A true leader wants nothing more than to give people pride, to make people stand on their own, as leaders in their own right. Instead of trying to blind us with his or her brilliance, a true leader reflects our own light back to us, so that we may see ourselves anew.

Secara ringkasnya, pemimpin perlu merendah diri di atas segala usahanya dalam memimpin. Tidak perlu bongkak, riak dan menunjuk-nunjuk tentang kebolehan diri bak kata pepatah, ‘ ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi’.

 

A true leader helps people.

Pemimpin ikhlas membantu orang lain dan sama-sama merasai kesusahan yang dialami. Keikhlasan bantuan tersebut bukanlah hanya dimulut sahaja bahkan diterjemahkan melalui perbuatan serta sanggup meredah kepayahan orang yang dipimpinnya.

Akhir sekali, model terunggul pemimpin yang baik adalah Rasulullah SAW. Contohilah beliau dengan sifat yang mulia seperti siddiq, fatonnah, tabligh, dan amanah. Perbanyakkan membaca dan mendengar kuliah berkaitan hadith Rasulullah SAW insyaAllah sifat kepimpinan yang sebenar akan diwarisi dengan cahaya iman dan taqwa.

Rasulullah s.a.w bersabda “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekelian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang Imam (ketua) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang pembantu adalah pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. “ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Bersambung…

Wallahu A’lam

Pappas, E.H. (2009, August). Top ten attributes of a true leader. Michigan Bar Journal. Retrieved from http://www.michbar.org/journal/pdf/pdf4article1555.pdf

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kepimpinan&d=10

photo credit: photosteve101 via photopin cc