A true leader enlightens people.

Pemimpin yang baik boleh menjadi penunjuk arah dalam memberi kesedaran kepada masyarakat dan orang yang dipimpin. Dia mesti mempunyai kebolehan untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman serta bijak memudahkan kerja-kerja orang dipimpinnya .

A true leader guides, but does not dictate to, people.

Pemimpin yang baik merupakan seseorang yang dapat menunjukkan hala tuju dan arah sesuatu organisasi . Dia bukan hanya menetapkan  dan mengarah orang yang dipimpinnya sahaja .

A true leader enables and empowers people.

Pemimpim yang baik juga pandai memperkembangkan kebolehan dan keupayaan orang yang dipimpinnya.

A true leader motivates people.

Pemimpin yang baik bukan sahaja memimpin bahkan dapat memberi motovasi kepada orang yang dipimpin secara langsung atau tidak langsung melalui tingkah laku, sahsiah dan wawasan diri.

A true leader serves people.

Pemimpin yang baik bersedia berkhidmat untuk masyarakat serta orang yang dipimpin. Dia mempunyai kebolehan untuk memahami perasaan orang lain , mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman mengenai tugas dan tanggungjawab berkaitan dengan manusia agar lebih mudah untuk berkhidmat dengan tulus ikhlas dan dengan penuh komitmen.

Jika dikaji dan dihalusi, boleh dikatakan kesemua kriteria-kriteria ini menyenaraikan semua sifat-sifat positif, terpuji dan yang baik sahaja tidak kira teori-teori atau kriteria-kriteria itu datangnya dari barat atau timur.Semua menyedari bahawa untuk menjadi pemimpin yang baik wajib mempunyai sifat-sifat baik dan terpuji ini. Sebagai seorang pelajar, beberapa kriteria lain yang menjurus kepada situasi dan keadaan pelajar perlu diterapkan bersesuaian dengan keadaan pelajar yang masih belajar dan berjinak-jinak untuk memimpin. Diantara ciri-ciri modal insan pelajar yang mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin termasuklah :

  • Mempunyai kepercayaan diri yang tinggi
  • Mempunyai sikap pertanggungjawaban yang tinggi
  • Memiliki misi peribadi yang jelas dan meyakinkan
  • Mempunyai perancangan serta jadual harian
  • Mempunyai ketahan dan daya juang yang tinggi
  • Dapat menguruskan diri sendiri dengan efektif
  • Mempunyai kemahiran inter-personal yang baik
  • Tenang
  • Meningkatkan diri secara berterusan

Selain itu, ciri-ciri pemimpin yang baik adalah mereka yang terlibat secara langsung di dalam aktiviti kumpulan atau persatuan yang dipimpinnya. Mereka tidak seharusnya duduk bersendiri dan tidak mengambil endah mengenai masalah atau perkembangan aktiviti dan ahli-ahli yang dipimpinnya. Pemimpin di kalangan pelajar juga tidak boleh mementingkkan diri sendiri dan hanya mengambil nama ‘ Ketua’ hanya semata-mata untuk mengejar sijil dan kehormatan dari segi ko-kurikulum kerana umum mengetahui penglibatan yang aktif dan kepimpinan peringkat sekolah dapat membantu anda dalam permohonan biasiswa serta kemasukan di peringkat kolej dan universiti.

Justeru, sebagai seorang muslim,pemimpin di kalangan pelajar perlu jelas dengan ‘role model’ yang patut dicontohi. Contoh yang paling dekat adalah Rasullullah S.A.W  diikuti dengan 4 khalifah utama selepas baginda serta pemimpin dan ilmuwan pada zaman kegemilangan Islam. Allah SWT telah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud :

“ Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasullullah SAW itu adalah contoh terbaik yang menjadi ikutan bagi sesiapa yang mengharapkan Allah dan hari akhirat, dan ingatlah Allah dengan sebanyak-sebanyaknya.”

Menurut Dr Robiah Sidin (1998) dalam ‘ Asas Pentadbiran Pendidikan’ menyatakan bahawa terdapat dua jenis kuasa yang dipegang oleh seseorang pemimpin itu. Pertama, kuasa yang datang dengan jawatan atau lantikan dan yang kedua berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Kuasa pertama adalah penting kerana ia memberi kuasa dan kepercayaan kepada orang yang dipimpin.Tetapi pemimpin yang dihormati adalah pemimpin yang juga mempunyai kuasa kedua iaitu mempunyai kebolehan yang tersendiri termasuklah kekuatan mental, kemahiran bermasyarakat dan bersosial serta moral dan akhlak yang tinggi.  Justeru, memang bertepatanlah model Rasullullah sebagai pemimpin agung iaitu mempunyai kuasa yang pertama menjadi rasul dan pemimpin manusia akhir zaman pilihan Allah serta kuasa yang kedua iaitu peribadi baginda yang sentiasa benar dalam tutur kata dan perbuatan serta amanah dalam kehidupannya.

Manakala menurut Jabatan Mufti Selangor melalui artikel ‘Model Kecemerlangan Pengurusan Dan Organisasi’ pula menyatakan bahawa terdapat 3 aspek yang menjadi keutamaan baginda semasa mengetuai bidang pengurusan atau sebagai pemimpin iaitu:

  1. Aspek keilmuan – Pemimpin yang berilmu yang dapat memimpin kearah yang benar dan diredhai Allah.
  2. Aspek Kerohanian- Menekankan hubungan yang kukuh antara makhluk dengan pencipta termasuk hubungan dari segi iktikad dan amalan yang sentiasa mantap
  3. Aspek Syura – Memberi ruang kepada kebebasan memberi pendapat, mengkritik , dan membeza pendapat bagi mencari penyelesaian terbaik untuk masalah ummah.

Oleh itu sebagai pemimpin di kalangan pelajar yang merupakan seorang muslim perlulah menghayati serta melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan mestilah menanamkan niat memimpin kerana Allah. InsyaAllah dengan niat yang ikhlas serta tujuan yang baik anda mampu menjadi pemimpin di kalangan pelajar yang baik dan dapat diteladani oleh rakan-rakan. Sebagai kesimpulannya disenaraikan 10 peribadi unggul yang perlu ada pada pemimpin di kalangan pelajar yang dipetik daripada ‘Pembangunan Modal Insan Pelajar dalam Arus Globalisasi’ yang dibentangkan oleh Hj. Fakhrul Anuar b. Hj.Zulkawi:

1-Akidah yang sejahtera

2- Ibadah yang sahih

3-Akhlak yang unggul

4- Teliti dengan masa

5- Sihat tubuh badan

6- Daya juang yang tinggi

7- Mampu berdikari

8- Bermanfaat kepada orang lain

9- Luas ilmu pengetahuan

10- Bersistematik dalam kehidupan

Sekian. Wallahu’alam

Sumber :
Hj.Fakhrul Anuar b Hj.Zulkawi . Pembangunan Modal Insan Pelajar dalam Arus Globalisasi

http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/KoleksiArtikelIstinbat/Model%20Kecemerlangan.htm
photo credit: photosteve101 via photopin cc