Muslimin yang dirahmati Allah, Dikesempatan berada pada hari jumaat dan pada bulan Syaaban yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan siding jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah S.W.T didunia dan diakhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk : “Pahlawan negara kekasih allah”.

Muslimin yang dirahmati Allah, Amalan dan perbuatan yang paling sesat didunia ialah syirik iaitu menganggap ada tuhan selain Allah Yang Maha Esa, Menganggap tuhan lebih dari satu. Perbuatan sesat yang kedua selepas perbuatan syirik ialah membunuh manusia. Islam mengutuk peperangan kerana melibatkan pembunuhan sesama manusia. Peperangan dijadikan alat oleh pengacau, pengkhianat atau penjajah untuk merampas sebuah Negara, merampas kekayaan Negara atau memperluaskan wilayah atau berperang untuk memaksa sesebuah Negara menerima pakai idealogi mereka. Hasil daripada peperangan inilah kita lihat terdapat terdapat Negara yang dijajah telah hilang identiti bangsa, hilang identiti agamanya dan terhapus budaya asal sesuatu bangsa. Lngkah kerajaan mengadakan hari peringatan dan sambutan Hari Pahlawan dinegara ini adalah amat wajar sekali sebagai menghargai jasa dan penghormatan besar pahlawan dan pasukan kita dalam mempertahankan maruah agama. Kedaulatan Negara dan jati diri bangsa Negara kita.

Walau peperangan adalah perbuatan terkutuk tetapi ada peperangan yang terpuji iaitu peperangan dijalan Allah atau peperangan fi sabilillah. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Haj ayat 39 :

Bermaksud: “Diizinkan berperang bagi orang yang diperangi. Sebab mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka.”

Jadi peperangan dijalan Allah itu ialah peperangan  mempertahankan diri dari pengusiran, mempertahnakan diri dari penganiayaan dan mempertahankan diri dengan pendirian “tuhan kami ialah Allah”  Oleh sebab itu mereka yang berperang dijalan Allah dianggap sebagai kekasih Allah dan jika mereka mati pun dianggap mati syahid. Muaz bin Jamal meriwayatkan sabda rasulullah s.a.w: “ Barangsiapa yang berperang dijalan Alllah walau sebentar iaitu sekadar memerah susu unta, maka wajib baginya mendapat pahala syurga. Dan barangsiapa yang bermohon kepada Allah S.W.T dengan bersungguh-sungguh untuk berjihad, kemudian ia mati atau dibunuh maka baginya balasan syahid. Brangsiapa terluka dijalan Allah atau ditimpa kemalangan, maka ia dating pada hari akhirat sederas darah yang mengalir ketika lukanya warnanya seperti za’ran dan baunya bagaikan kasturi” (riwayat Abu Daud)

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Sabda Rasulullah s.a.w :

“ orang yang mati syahid mempunyai 7 kelebihan iaitu: pertama: dosanya diampun ketika mula titisan darah pertamanya mengalir. Kedua : tempat kediamannya  disyurga diperlihatkan. Ketiga: Ia dihiasi dengan cahaya iman yang sempurna. Keempat: diatas kepalanya diletakkan mahkota ketenagan bertahta manikin. Kelima: Dikahwininya dengan 72 isteri dari bidadari yang bermata jelita. Keenam: Terselamat dari siksa kubur dan bebas dari ketakutan pada hari kiamat dan ketujuh : Boleh mensyafaatkan 70 orang ahli keluarganya pada hari akhirat.”

 

Muslimin yang dirahmati Allah, Adalah mejadi kewajipan orang yang dipimpin mentaati ketua mereka selagi perkara yang diarahkan tidak melanggar hukum islam. Perkara mentaati ketua inilah yang dapat membentu para tentera, pasukan keselamatan dan petugas-petugas didalam sesbuah organisasi menjadi lebih bertanggungjawab dalam usaha mencapai sesuatu matlamat. Sabda Rasulullah S.A.W:

Bermaksud: “Sesiapa yang taat kepada aku, sesungguhnya ia taat kepada Allah, dan sesiapa yang taat kepada amir (pemerintah) sesungguhnya dia taat kepadaku, dan sesiapa yang derhaka kepada aku sesungguhnya dia derhaka kepada Allah, dan sesiapa yang derhaka kepada amirku (pemerintah), maka sesungguhnya dia derhaka kepadaku.” (riwayat al-bukhari)

Persoalan besar timbul ialah apakah syarat penting untuk menjadi pahlawan Negara sebagai keksih Allah. Diantara syarat penting menjadi kekasih Allah ialah, berjuang dijalan allah dengan ikhlas Perjuangan itu hendaklah semata-mata mengharapkan keredhaan Allah S.W.T, membela agamanya, meninggikan kalimah-kalimah nya tanpa disertai oleh niat buruk yang lain seperti inginkan pangkat, harta kekayaan dan meraih habuan dunia yang lain.

Mereka yang tidak ikhlas dalam membela agama dan Negara, perjuangan mereka hanya sia-sia sebagaimana yang dialami oleh seorang pahlawan islam yang bernama Qotzman didalam perang uhud. Walaupun beliau cedera parah apabila ditikam pihak musuh hinggakan seluuh badan dipenuhi daraha seterusnya meninggal dunia, namun Rasullulah s.a.w menyatakan bahawa Qotzman tergolong sebagai penduduk neraka, kerana sebelum menghembuskan nafas terakhir beliau mnyatakan hasratnya berperang bukan kerana agama, sebaliknya mempertahan madinah dari pencerobohan kaum musyrik. Demikian juga dalam dalam peperangan uhud, tentera islam tewas kerana sebahagian tentera tidak mematuhi arahan pemimpin, meninggalkan markas pertahanan startegik kerana berjuang semata-mata mengikut hawa nafsu dan untuk mengaut harta rampasan perang.

Berjihad dijalan Allah adalah tanda-tanda cinta kepada Allah. Tanda-tanda lain mebuktikan kita cinta kepada Allah ialah Pertama: selalu menyebut-nyebut nama Allah dengan mebaca Al-Quran ataupun berzikir. Kedua: Rindu kepada Allah, rindu pada hari saat kita akan melihatnya. Ketiga: Mencontohi tingkah laku dan ajaran rasulnya dan keempat: bermanja-manja dengannya ketika sedang bersendirian terutama ketika spertiga malam yang terakhir.

Muslimin yang dirahmati Allah, Mimbar ingin mengingatkan bahawa tubuh badan kita diibaratkan seperti botol kosong. Jika kita tidak memenuhi botol itu dengan amal soleh maka botol tersebut akan dipenuhi nafsu syaitan yang akan menguasai diri kita dan mendorong kita melupai Allah S.W.T Pengaruh Syaitan dalam diri manusia inilah menyebabkan manusia mengalami penyakit rohani berakhlak buruk seperti mengamalkan rasuah, salah guna kuasa, hasad dengki, berzina, berjudi dan sebagainya. Bersempena dengan Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2011 pada 31 Julai ini, maka mimbar menyeru marilah kita perkukuhkan cinta kepada Allah dengan ikhlas berjuang menegakkan agama Allah, Syariat Allah dan memperbanyakkan amal soleh supaya kita terus kekal menjadi kekasih Allah dan dimasukkan ke dalam golongan yang berjuang fi sabilillah. Sebagai rerenungan marilah kita mengambil iktibar firman Allah dalam surah at-taubat ayat 20 yang bermaksud:

“Orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar darjatnya disisi Allah; dan mereka itulah orang yang Berjaya.”

Khutbah sumbangan JAIM
Photo Credit : mapichai @ freedigitalphotos.net