Sidang Jumaat Yang Di Rahmati Allah,

Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dengan mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya, mudah-mudahan kita akan mendapat rahmat serta kasih sayang Allah SWT. Tajuk khutbah pada hari ini ialah “menghargai golongan wanita ”.

Sidang Jumaat Yang Di Rahmati Allah,

Islam telah meletakkan kaum wanita di tempat yang sewajar dan sepatutnya yang sesuai dengan fitrah kejadiannya yang dijadikan dari tulang rusuk Nabi Adam.  Kita pernah mendengar sejarah bangsa Arab di zaman Jahiliah yang telah menanam anak perempuan mereka hidup-hidup sama ada sebaik sahaja anak perempuan tersebut lahir ataupun telah meningkat ke usia remaja. Mereka menganggap anak perempuan akan membawa malu serta aib kepada keluarga,  sepertimana Allah SWT  menyebut dalam Al-Quraan dengan firman-Nya:

Maksudnya: “Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya, sedang ia sangat marah. Ia bersembunyi dari orang ramai kerana berita buruk yang disampaikan kepadanya; adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina, atau ia menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! sungguh buruk apa yang mereka hukumkan itu.”

 

Sidang Jumaat Yang Di Rahmati Allah,

Sejak akhir-akhir dan kebelakangan ini,  kita dikejutkan dengan beberapa kejadian yang menakutkan malah mengerikan kita semua terutama sekali yang melibatkan anak-anak gadis dan kaum wanita khususnya. Melalui akhbar-akhbar kita dipaparkan dengan peristiwa- peristiwa yang begitu menyayat hati yang telah berlaku kepada kaum wanita seperti pembunuhan, penderaan, pelacuran, perkosaan dan sebagainya. Perkara ini adalah merupakan masalah yang berat serta membimbangkan dan tidak boleh dipandang dengan sebelah mata atau sekadar hanya melafazkan kata-kata ‘ kasihan’ di bibir kita sahaja terhadap peristiwa malang yang menimpa terhadap kaum wanita.

 

Sidang Jumaat Yang Di Rahmati Allah,

Allah s.w.t  menjadikan semua makhluk di alam ini dalam keadaan berpasangan. Di antaranya termasuklah di dalam penciptaan manusia di mana Allah SWT menjadikan kaum wanita sebagai pasangan untuk lelaki. Dari segi tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini, Allah SWT tidak membezakan antara lelaki dan wanita dalam hal memberi ganjaran ataupun pahala dalam setiap amal salih yang dilakukan. Di sisi Allah, lelaki dan wanita mempunyai peranan yang sama dalam mengatur kehidupan yang sempurna di muka bumi ini. Firman Allah SWT dalam surah al-Nahl ayat 97:

Maksudnya:“Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sungguh kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.”

 

Sidang Jumaat Yang Di Rahmati Allah,

Gulungan lelaki merupakan ketua yang diamanahkan supaya melindungi gulungan wanita. Tanggungjawab ini adalah seiring dengan beberapa kelebihan dan sifat semulajadi yang dikurniakan oleh Allah. Sehubungan itu, kaum lelaki hendaklah sentiasa berusaha memahami keperluan dan kehendak wanita. Allah SWT telah berpesan kepada kaum lelaki bahawa mereka adalah pemimpin kepada kaum wanita .

Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 34: 

Maksudnya: Kaum lelaki adalah pemimpin bagi wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki atas wanita, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan dari harta mereka.”

Jelaslah kepada kita bahawa, menjadi tanggungjawab kaum lelaki dalam memberi perhatian ke atas nasib kaum wanita sepanjang masa terutamanya apabila mereka dihina, dizalimi atau dianiaya. Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w merupakan pembela kaum wanita yang terulung. Perutusan baginda sebagai Nabi dan Rasul, bukan sahaja membawa risalah Islam yang sempurna, bahkan sekaligus berjaya meletakkan kaum wanita ke satu taraf yang lebih mulia, berbanding nasib mereka dalam era zaman jahiliah.  Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu Hadith yang diriwayatkan oleh Termizi:

 Mafhumnya: “ Sebaik-baik kamu ialah orang paling baik terhadap ahli keluarganya dan akulah sebaik-baik di antara kamu kepada ahli keluargaku” .

Sesungguhnya, Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW telah terbukti berjaya mengubah nasib golongan wanita di seluruh dunia, dari lembah kehinaan dan diskriminasi, lalu diangkat kedudukannya yang mulia dan terhormat.

 

Sidang Jumaat Yang Di Rahmati Allah,

Walaupun Islam telah memuliakan kaum wanita, namun masih terdapat kecenderungan sesetengah pihak yang meremehkan wanita sehingga menjadi mangsa diskriminasi dan penindasan. Pandangan dan suara hati wanita tidak diberi perhatian. Bahkan kalaupun dilayan, layanan diberi secara acuh tidak acuh dan melepaskan batuk ditangga sahaja. Malah, pendapat kaum wanita yang menyentuh kepentingan diri mereka sendiri ada kalanya tidak dipandang serius.

Sikap seumpama ini boleh mendedahkan kaum wanita kepada tindakan dan layanan yang tidak adil.Cubabayangkan jika sekiranya orang yang menjadi mangsa diskriminasi adalah ibu kita sendiri atau mereka merupakan anak perempuan, atau adik beradik perempuan kita sendiri ataucubabayangkan perasaan seorang lelaki jika yang menjadi mangsa kezaliman terkena ke atas isteri, anak perempuan atau saudara perempuannya sendiri.

 

Sidang Jumaat Yang Di Rahmati Allah,

Masih terdapat eksploitasi kaum lelaki ke atas kaum wanita. Justeru itu kita merasa sedih mendengar berita wanita diperkosa, didera dan dizalimi dengan pelbagai bentuk tekanan psikologi. Selain itu, terdapat kaum wanita sendiri yang merelakan diri di eksploitasi dan menjadi bahan iklan murahan, akibatnya, semakin ghairah lelaki mengambil kesempatan dan tidak menghormati nilai seorang wanita. Oleh itu, bagi memelihara taraf  kaum wanita, perubahan sikap perlu bermula dari kaum lelaki yang menjadi pemelihara dan pelindung kaum wanita. Sementara kaum wanita sendiri perlu menghargai diri sendiri dan bangun menyatakan hak mereka dengan menyayangi dan menghormati kaum lelaki yang sentiasa melindungi mereka.

 

Sidang Jumaat Yang Di Rahmati Allah,

Kita yakin bahawa, hanya orang yang benar-benar beriman sahaja mampu memikul amanah ini. Iman yang sempurna akan mendorong kita melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Oleh itu seseorang yang tidak menyempurnakan tanggungjawab dalam memelihara hak wanita, bererti  tidak sempurna imannya, walaupun sudah banyak amalan kebajikan dan ibadah yang dilakukannya. Bagi memastikan kaum lelaki memiliki iman  dan takwa  yang sempurna, marilah kita sama-sama menghormati hak kaum wanita. Kita menghargai dan melindungi mereka dan seterusnya kita menyempurnakan tanggungjawab dengan penuh amanah bagi membahagiakan kehidupan mereka. Kebahagiaan kaum wanita menjadi asas utama kepada kebahagiaan keluarga, masyarakat dan negara. Sabda Nabi Muhammad SAW:

Mafhumnya: “ Sesungguhnya antara sifat yang boleh menjadikan seseorang sempurna imannya ialah orang yang berakhlak  mulia dan berlemah lembut dengan ahli keluarganya”

 

Sidang Jumaat Yang Di Rahmati Allah,

Ketahuilah kita sesungguhnya kaum wanita dalam Islam  dimuliakan dan di angkat   darjatnya   pada   satu   kedudukan   yang    tinggi    sebagaimana Allah   memuliakan  golongan  lelaki.  Banyak   bukti   yang   menunjukkan kenyataan   ini,   antaranya seperti berikut :

(1)   Terdapat satu surah  dalam  Al-Qur`anul  Karim   yang  di namakan

Surah    An- Nisa` yang bermaksud  wanita-wanita, kerana  hukum-

hukum  yang  berkaitan  dengan  wanita  lebih  banyak  disebutkan

dalam surah ini daripada dalam surah yang lain.

(2) Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki.

Surah An-Nisa` dibuka dengan ayat:

Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Rabb kalian yang telah menciptakan kamu dari jiwa yang satu dan dari jiwa yang satu itu Dia menciptakan pasangannya, dan dari keduanya Dia memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.” (An-Nisa`: 1)

Ayat ini merupakan bahagian dari khutbatul hajah yang dijadikan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai pembuka khutbah-khutbah beliau. Dalam ayat ini dinyatakan bahwa dari jiwa yang satu, Allah Subhanahu wa Ta’ala menciptakan pasangannya. Qatadah dan Mujahid rahimahumallah mengatakan bahwa yang dimaksud jiwa yang satu adalah Nabi Adam ‘alaihissalam. Sedangkan pasangannya adalah Hawa. Qatadah mengatakan Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam. (Tafsir Ath-Thabari, )

Dalam satu hadits shahih disebutkan, maksudnya:

“Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk. Dan sungguh bagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah yang paling atasnya. Bila engkau ingin meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau ingin bersenang-senang dengannya, engkau boleh bersenang-senang namun padanya ada kebengkokan.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata, “Dalam hadith ini ada dalil dari ucapan fuqaha atau sebagian mereka bahwa Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam.  Hadith ini menunjukkan kewajipan terhadap orang lelaki supaya berlaku lembut kepada wanita, bersikap baik terhadap mereka, bersabar atas kelemahan akhlaknya dan lemahnya akal mereka.

Di samping itu juga  Islam melarang keras mentalak mereka tanpa sebab  yang munasabah dan juga tidak boleh seseorang lelaki bersikap kasar terhadap wanita agar ia  terus menjadi lurus. (Al-Minhaj)

(3) Dijaganya hak anak perempuan yang yatim.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengahwininya), Maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, Maka (kahwinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.

 (4)  Cukup menikahi seorang wanita saja bila khuatir tidak dapat berlaku adil secara zahirnya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Kemudian jika kamu khuatir tidak dapat berlaku adil maka nikahilah seorang wanita saja atau budak-budak perempuan yang kalian miliki.” (An-Nisa`: 3)

 

Yang dimaksud dengan adil di sini adalah dalam perkara lahiriah seperti adil dalam pemberian nafkah, tempat tinggal, dan giliran. Adapun dalam perkara batin seperti rasa cinta dan kecenderungan hati tidaklah dituntut untuk adil, kerana hal ini di luar kesanggupan seorang hamba. Dalam Al-Qur`anul Karim dinyatakan:

“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isetri kamu, walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian. Karena itu janganlah kamu terlalu cenderung kepada isteri yang kamu cintai sehingga kamu  biarkan yang lain telantar.” (An-Nisa`: 129)

Al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan ketika menafsirkan ayat di atas, “Maksudnya, kamu wahai manusia, tidak akan mampu berlaku sama di antara isteri-isteri kamu dari segala sudut. Karena walaupun boleh terjadi pembahagian giliran bermalam , namun mesti ada perbezaan dalam hal cinta, syahwat, dan jima’. Sebagaimana hal ini dikatakan oleh Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, ‘Abidah As-Salmani, Mujahid, Al-Hasan Al-Bashri, dan Adh-Dhahhak bin Muzahim rahimahumullah.”

Bila seorang lelaki bimbang tidak dapat berlaku adil dalam berpoligami, maka diwajibkan kepadanya untuk hanya menikahi satu wanita. Dan ini termasuk kemuliaan pada wanita di mana memenuhi haknya dan keadilan suami terhadapnya diperhatikan oleh Islam.

 

 

Sidang Jumaat Yg Rahmati Allah,  seterusnya  dinyatakan bahawa:

(5) Hak memperolehi mahar bagi wanita dalam pernikahan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Berikanlah mahar kepada wanita-wanita yang kamu nikahi sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari mahar tersebut dengan senang hati maka makanlah (ambillah) pemberian itu sebagai makanan yang sedap lagi baik akibatnya.” (An-Nisa`: 4)

 

(6) Wanita diberikan hak atau bagian untuknya dari harta warisan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Bagi laki-laki ada hak bagian dari harta peninggalan ayah-ibu dan kerabatnya, dan bagi wanita ada hak bagian dari harta peninggalan ayah-ibu dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bagian yang telah ditetapkan.” (An-Nisa`: 7)

Sementara di zaman jahiliah, yang mendapatkan warisan hanya lelaki, sementara wanita tidak mendapatkan bagian. Malah wanita dianggap sebagai bagian dari barang yang diwarisi, sebagaimana dalam ayat:

“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kalian mewarisi wanita dengan jalan paksa.” (An-Nisa`: 19)

Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma menyebutkan, “Dulunya bila seorang lelaki di kalangan mereka meninggal, maka para ahli warisnya berhak mewarisi isterinya. Jika sebahagian ahli waris itu menginginkan, ia nikahi wanita tersebut dan kalau mereka kehendakki, mereka nikahkan dengan lelaki lain. Kalau mahu juga, mereka tidak menikahkannya dengan siapa pun dan mereka lebih berhak terhadap si wanita daripada keluarga wanita itu sendiri. Maka turunlah ayat ini dalam permasalahan tersebut.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Shahih-nya )

Maksud dari ayat ini, kata Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullah, adalah untuk menghilangkan apa yang dulunya biasa dilakukan orang-orang jahiliah dari mereka dan agar wanita tidak dijadikan seperti harta yang diwariskan sebagaimana diwarisinya harta benda.

Bila ada yang mempersoalkan, kenapa wanita hanya mendapatkan separuh dari bahagian lelaki seperti tersebut dalam ayat:

“Allah mewasiatkan kepada kamu tentang pembagian warisan untuk anak-anak kamu, yaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan….” (An-Nisa`: 11)

Maka inilah keadilan yang sebenarnya. Lelaki mendapatkan bahagian yang lebih besar daripada wanita karena lelaki memerlukan bekal yang lebih untuk memberikan nafkah kepada orang yang di bawah tanggungannya. Lelaki banyak memikul beban. Ia yang memberikan mahar dalam pernikahan dan ia yang harus mencari rezeki untuk hidup, sehingga  ia layak untuk mendapatkan dua kali ganda daripada bahagian wanita.

 

(7)  Suami diperintah untuk berlaku baik pada isterinya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan bergaullah kamu  (para suami) dengan mereka (para isteri) secara patut.” (An-Nisa`: 19)

Al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah ketika menafsirkan ayat di atas menyatakan: “Yakni perintah ucapan kamu terhadap mereka (para isteri) dan memperbaikkan hubungan dengannya. Sebagaimana Allah  berfirman :

“Dan isteri memiliki hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma’ruf.” (Al-Baqarah: 228)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri telah bersabda:

“Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap keluarga (isteri)nya. Dan aku adalah orang yang paling baik di antara kamu terhadap keluarga (istetri)ku.”2 (Tafsir Al-Qur`anil ‘Azhim, 2/173)

 

Sidang  Jumaat   Yang   Di  Rahmati  Allah,  seterusnya   di nyatakan bahawa:

 

(8) Suami tidak boleh membenci isterinya dan hendaklah berlaku baik terhadap istrinya walaupun dalam keadaan tidak menyukainya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka maka bersabarlah karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (An-Nisa`: 19)

Dalam hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu disebutkan bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminah, jika ia tidak suka satu tabiat atau perangainya maka  ia ridha (senang) dengan tabiat atau perangainya yang lain.” (HR. Muslim )

 

(9)    Bila  seorang  suami  bercerai  dengan istrinya, ia tidak boleh

meminta kembali mahar yang pernah diberikannya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan jika kamu ingin mengganti isteri kamu dengan istri yang lain sedang kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali sedikitpun dari harta tersebut. Apakah kamu akan mengambilnya kembali dengan jalan tuduhan yang dusta dan dengan menanggung dosa yang nyata? Bagaimana kamu akan mengambilnya kembali, padahal sebagian kamu telah bergaul (bercampur) dengan yang lain sebagai suami-isteri. Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat.” (An-Nisa`: 20-21)

 

 

(10) Termasuk kemuliaan terhadap wanita adalah, diharamkan bagi mahram si wanita samada pada nasabnya ataupun karena penyusuannya untuk menikahinya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Diharamkan atas kamu menikahi ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, saudara perempuan ayah,  saudara perempuan ibu, anak-anak perempuan dari saudara laki-laki kamu, anak-anak perempuan dari saudara perempuan kamu, ibu-ibu susu kamu, saudara-saudara perempuan kamu sepersusuan, ibu mertua kamu, anak-anak perempuan dari isetri kamu yang berada dalam pemeliharaan kamu dari istri yang telah kamu campuri. Tetapi jika kamu belum mencampuri isteri tersebut (dan sudah berpisah dengan kamu) maka tidak berdosa kamu menikahi anak perempuannya. Diharamkan pula bagi kamu menikahi isteri-isteri anak kandung kamu (menantu)…” (An-Nisa`: 23)

Diharamkannya wanita-wanita yang disebutkan dalam ayat di atas untuk dinikahi oleh lelaki yang merupakan mahramnya, tentu memiliki hikmah yang besar, tujuan yang tinggi yang sesuai dengan fithrah insaniah.

Di akhir ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi :

“(Diharamkan atas kamu) menghimpunkan dalam pernikahan dua wanita yang bersaudara, kecuali apa yang telah terjadi di masa lampau. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An-Nisa`: 23)

Ayat di atas menetapkan bahwa seorang lelaki tidak boleh mengumpulkan dua wanita yang bersaudara dalam ikatan pernikahan kerana hal ini jelas akan mengakibatkan permusuhan dan berpecahnya hubungan di antara keduanya.

Artikel Sumbangan JAIM 

Photo Credit : freedigitalphotos.net