Sekiranya anda ke Balik Pulau, Pulau Pinang, pasti anda tidak akan terlepas pandang kampus Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) yang tersergam indah di kaki bukit berdekatan Kampung Genting dan Simpang Empat. KKTM Balik Pulau adalah salah satu rangkaian institusi pendidikan tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang berasaskan kemahiran dan menawarkan program di peringkat diploma.KKTM Balik Pulau hanya memfokuskan kemahiran dan diploma dalam bidang teknikal dan kejuruteraan.

 

Penulis amat kagum setibanya di kampus KKTM. Pemandangan kampus dari luar hanyalah sebahagian sahaja daripada keseluruhan kawasan kampus KKTM yang meliputi asrama, surau, kediaman kakitangan, blok pentadbiran, dan akademik serta bengkel di lereng bukit. Kami disambut oleh pegawai kaunselor KKTM iaitu  En.Hairul Anwar b. Muhammad Noh   dan berpeluang menemuramah Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan dan HEP)  KKTM , En.Juha bin Ali.    .

Menjelang tahun 2011 genap 6 tahun  kampus bertapak di Balik Pulau. Dengan kapasiti dan infrastruktur yang sedia ada, KKTM mampu untuk menampung seramai 1,200 pelajar pada satu-satu masa.Keunikan Teknologi yang digunakan di bengkel KKTM merupakan hasil usahasama dengan GMI (German Malaysian Institute). Terdapat 12 jenis bengkel yang berbeza, 20 jenis makmal unik yang dilengkapi dengan komputer serta 25 buah kelas.

Jika anda diterima sebagai pelajar, tugas anda hanyalah belajar dengan tekun kerana kesemua kos akan ditanggung termasuk yuran pengajian, perubatan, buku-buku teks, baju uniform dan diberi elaun setiap bulan. Pelajar juga digalakkan menyertai aktiviti ko-kurikulum dan menjalankan kegiatan khidmat masyarakat bagi membentuk diri pelajar yang seimbang dan produktif.

Apa yang paling menarik ialah kursus yang ditawarkan KKTM Balik Pulau itu sendiri iaitu kursus-kursus berteknologi tinggi berasaskan kemahiran. Lima kursus utama di KKTM ialah:

  1. Diploma in Mechatronic

  2. Diploma in Product Design

  3. Diploma in Tool & Die

  4. Diploma in Mould

  5. Diploma in Manufacturing

Kesemua kursus ini memerlukan masa selama 36 bulan untuk mendapat pengiktirafan Diploma. Kelima-lima bidang ini memerlukan pelajar supaya bersungguh-sungguh menimba kemahiran dan pengetahuan kerana ia melibatkan mesin-mesin berteknologi tinggi, kreativiti, inovasi dan pelbagai kemahiran teknikal. Kesemua kursus ini diiktiraf oleh JPA dan MQA. Pembelajaran mengamalkan kaedah ‘ student centered’ dan menumpukan kemahiran dan praktikal di mana hanya 40% sahaja merupakan peperiksaan akhir manakala 60% lagi adalah kuiz, ujian dan projek.

KKTM juga mempunyai Skim Pelajar Cemerlang dan dianugerahkan kepada pelajar yang layak untuk menyambung pelajaran ke luar Negara. Selain itu, para pelatih dan pelajar juga dibekalkan dengan pengetahuan untuk menjadi usahawan sebagai misi utama KKTM dan MARA menghasilkan usahawan yang Berjaya, berpengetahuan dan berkemahiran. Pelajar juga mempunyai masa depan yang cerah untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di dalam dan diluar negara. Tambahan pula, peluang pekerjaan juga tinggi kerana permintaan yang meluas dalam bidang teknologi tinggi.

Layari http://www.kktm.edu.my/bpulau/

TAHUKAH ANDA ?
KKTM masih kekurangan pelajar berbanding dengan
kemudahan dan infrastruktur yang disediakan.

 

SENARAI BENGKEL
  • Welding Workshop
  • Milling Workshop
  • Mechatronics Maintenance Workshop
  • Machine Building Workshop
  • Manufacturing Workshop
  • CNC Workshop
  • CNC Turning Workshop
  • Cylindrical Grinding and Tool & Cutter Grinding Workshop
  • EDM Workshop
  • Basic Cutting Process Workshop
  • Injection Moulding Workshop
  • Press Machine Workshop
SENARAI MAKMAL
  • CAD Lab (2 Labs)
  • PC/IT Lab-For Programming Tech.     (2 Labs)
  • Computer Lab (2 Labs)
  • Basic skills & Electrical Installation Lab
  • Sensor and Control Lab
  • Digital and Micro Controller Lab
  • Electrical Machines and Motor Control Lab
  • PLC Lab
  • Pneumatic & Electro Pneumatic Lab
  • Hydraulic Lab
  • Power Electronics & Drive Technology Lab
  • Automation & Robotics Lab
  • Engineering Product Design Lab
  • Mechatronics Maintenance Lab
  • CIM/FMS/CA Simulation Computer Lab
  • RP Lab
  • Surface Grinding Lab
  • CAD/CAM Lab (2 Labs)
  • Metrology Lab
  • Metallurgy Lab