Berdasarkan rajah, proses pemilihan kerjaya sebenarnya merupakan proses yag kebiasaannya di ambil ringan dan sambil lewa. Hal ini demikian  kerana kita selalu mengikut arah dan haluan semasa dan menjalani kehidupan sehari-hari secara rutin. Apabila tiba masanya untuk mencari nafkah, barulah kita tercari-cari dan mengambil apa sahaja pekerjaan yang tersedia tanpa memikirkan sama ada pekerjaan / kerjaya itu bersesuaian, memberi kepuasan dan paling penting ikhlas melakukannya kerana Allah swt.

 

Dalam rencana yang lepas, kita telah didedahkan dengan perancangan subjek peringkat SPM, STPM dan pengenalan kepada ‘resume’di peringkat sekolah. Terdapat juga rencana mengenai pilihan permohonan UPU dimuatkan dan cara-cara membuat pilihan. Rata-rata , bulan April ini merupakan bulan yang sangat rancak dengan permohonan biasiswa, ekspo-ekspo kerjaya dan  iklan-iklan universiti-universiti yang padat dengan insentif untuk memancing minat daripada pelajar yang baru mendapat keputusan SPM dan STPM. Jika anda salah seorang daripada bakal pelajar IPTA, IPTS, kolej dan sebagainya dan sedang membuat pilihan di ekspo-ekspo,rancanglah dahulu seelok-eloknya dan KENALI DIRI ANDA dahulu.

 

SIAPA ANDA ?

Siapa diri anda sebenarnya ? Soalan ini adakalanya membuatkan anda sama ada melonjak ego yang tinggi (kerana mendapat markah paling cemerlang) atau menjunum rendah dengan perasaan yang sangat rendah dan tiada motivasi (kerana mendapat markah paling buruk).Buangkan jauh-jauh persepsi ini dahulu sebaliknya mari kita mengenali diri sendiri melalui :

Kenali bakat & Melakukan Inventori personaliti

Soalan-soalan yang merangsang pengetahuan mengenai bakat anda sendiri :

Bila masanya anda membuat sesuatu dengan penuh komited, semangat dan teruja?

Bila masanya anda membuat keputusan dengan sangat yakin dengan diri sendiri?

Bila masanya anda membuat sesuatu dengan kejayaan yang sangat membanggakan diri sendiri?

Bila masanya orang lain menganggap anda paling Berjaya dengan apa yang anda lakukan ?

Apa yang paling anda suka ketika menjalankan sesuatu kerja ?

Bakat apakah yang anda gunakan ketika melakukan aktiviti –aktivi yang anda suka, seronok, komited dan dengan keyakinan yang tinggi ini.?

Cuba jawab soalan-soalan ini dengan ikhlas dan susun atur 3 bakat utama yang selalu anda lakukan.

Inventori Personaliti

Terdapat banyak ujian untuk mengetahui personaliti termasuklah dengan ujian-ujian yang telah diperkenalkan dalam beberapa rencana yang lepas seperi ujian personaliti Sidek dan  Holland. Selain itu, anda juga boleh menggunakan analisis SWOT ( Strength, Weaknesses, Opportunities, Threat), Myers-Briggs –DISC ( Dominance, Influence, Steadiness and Conscientiousness) dan analisis kekuatan melalui “Now discover your strength”.

Tulislah karangan pendek yang menyatakan mengenai potensi diri anda bagi mengenali diri sendiri dan objektif hidup berkerjaya . Soalan-soalan yang boleh memabntu anda menulis karangan termasuklah:

  • Bakat dan kekuatan diri anda
  • Bakat yang paling menonjol dan terserlah
  • Aktiviti yang paling menyeronokkan dan memberi kepuasan