Kerjaya sebagai Jurutera Pengangkutan (Transportation Engineeer)

 

Kerjaya sebagai Jurutera Pengangkutan / Transportation Engineer

 

Jurutera Pengangkutan membuat kajian terhadap  perancangan pembangunan bandar bagi menentukan kesannya ke atas sistem lalu lintas. Mereka juga melaksanakan simulasi aliran trafik bagi memastikan lalu lintas bergerak lancar serta membangunkan sistem yang selamat  untuk pejalan kaki. Jurutera ini juga bertanggungjawab mereka bentuk sistem landasan kapal terbang, keretapi dan jalan raya.


Syarat-syarat Am

 

Subjek di sekolah : Fizik, kimia, algebra, kalkulus, sains komputer

Ijazah Sarjana Muda (Kejuruteraan Sivil)

 

Pendidikan

 

 

Bachelor of Civil Engineering (Environmental) , Universiti Malaysia Pahang

Bachelor of Civil Engineering, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Master of Civil Engineering (Research), Universiti Tenaga Nasional

Master of Civil Engineering (Construction Management), Universiti Teknologi Malaysia

 

Pasaran Pekerjaan

 

Permintaan kepada bidang kejuruteraan pengangkutan adalah tinggi disebabkan pembangunan yang pesat diperlukan bagi menghubungkan bandar , kampung di Malaysia. Selain itu sistem pengangkutan yang lebih efisyen diperlukan di bandar-bandar utama yang semakin sesak memerlukan lebih ramai jururtera tempatan yang berpengalaman dan kreatif. Pasaran pekerjaan agak tinggi di sektor kerajaan mahupun swasta.

 

Gaji

 

RM 1800 hingga RM 5,000 sebulan ( sumber : Jobstreet.com)

 

© Semen Barkovskiy | Dreamstime.com