Kerjaya sebagai Inspektor Penerbangan (Aviation Inspector)

 

 

Kerjaya sebagai Inspektor Penerbangan / Aviation Inspector

 

Secara amnya ‘aviation inspector’ menjalankan rutin seharian dengan memeriksa dan memastikan pesawat selamat untuk penerbangan. Mereka mejalankan pemeriksaan pra-penerbangan, memeriksa kerja yang dilakukan oeh mekanik pesawat serta menyimpan rekod terperinci kerja-kerja pembaikan pesawat. Mereka juga membantu menyiasat kemalangan udara.Selain itu mereka juga memastikan perkhimatan kecemasan pesawat dan laluan keluar adalah selamat dan mengikut piawaian.

 

Syarat-syarat Am

 

Subjek di sekolah : Fizik, Matematik, Mekanikal,

Vokasional / Diploma

 

Pendidikan

 

 

Bachelor of Aircraft Engineering Technology (Hons) Mechanical , UniKL Malaysia Institute of Aircraft Technology

Diploma in Aircraft Maintenance Technology, UniKL Malaysia Institute of Aircraft Technology

Diploma in Aircraft Maintenance, Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah (PSA)

 

Pasaran Pekerjaan

 

Permintaan kepada bidang pekerjaan ini adalah stabil. Kebiasaannya Inspektor penerbangan merupakan orang yang berpengalaman dalam kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan pesawat.Mereka selalunya memulakan kerjaya mereka sebagai mekanik pesawat dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam memahami teknologi pesawat. Di Malaysia mereka boleh bekerja dengan syarikat penerbangan komersil atau kargo.

 

Gaji

 

RM 2500 – Rm 5000 ( sumber : Jobstreet.com)

 

© T-thaler | Dreamstime.com