Riadah merupakan hobi yang paling murah, memberi ketenangan dan kesihatan tubuh badan sekiranya dibuat secara berkala.

Melontar Frisbee merupakan aktiviti riadah dan hobi yang paling mudah dilakukan. Permainan ini hanya memerlukan sekeping Frisbee, kawasan lapang dan rakan sekurang-kurangnya seorang. Anda perlu melontar Frisbee kepada rakan untuk disambut dan begitulah sebaliknya. Permainan Frisbee sebagai riadah atau hobi memberi kelebihan sebagai aktiviti santai yang menyeronokkan kerana selain dapat berkongsi keseronokan bersama rakan, anda boleh menikmati ketenangan dan menghirup udara yang segar di kawasan lapang setelah seharian mentelaah pelajaran atau bekerja. Selain itu hobi ini juga memberi kelebihan kepada anda untuk mempraktikkan kemahiran berkaitan dengan kelajuan. Di peringkat universiti terutamanya di Amerika Syarikat dan Kanada, Frisbee sering menjadi pilihan riadah serta dijadikan sukan yang dinamakan ‘ultimate frisbee’. Ultimate Frisbee melibatkan dua pasukan sama seperti perlawanan bola sepak atau bola baling. Terdapat juga sukan ‘Golf frisbee’ di mana Frisbee yang digunakan adalah lebih berat dan direka khas untuk kelajuan yang lebih tinggi. ‘Golf Frisbee’ memerlukan  ‘bakul ’ sebagai pengutip mata yang digunakan seolah-olah sebagai ‘ lubang bola golf’. Jom bermain Frisbee !

Golf Frisbee . © Granitepeaker