Dari meja pengarang

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Syukur kehadrat illahi tuhan sekalian alam kerana dengan limpah kurniaNya dan inayahNya majalah bulanan  www.career2zoom.com ini dapat diterbitkan.Masa sungguh pantas berlalu dan sudah 8 keluaran career2zoom wujud di pasaran.

Tema majalah career2zoom bulan ini menjurus kepada aspek pengangkutan dan logistik. Bidang pengangkutan  di Malaysia banyak mengalami perubahan dari segi pengurusan dan suntikan teknologi hasil daripada perkembangan bandar- bandar utama, pekan dan kampung. Tambahan pula kemajuan dari segi sektor ekonomi dan perniagaan serta rantaian dan  jaringan antarabangsa menuntut kemajuan dari segi sektor pengangkutan supaya dapat bergerak dengan lebih pantas dan efisyen.

Ruangan universiti pilihan pula memaparkan langkah-langkah yang perlu buat pembaca yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA di Malaysia. Ruangan biasiswa pula menyenaraikan peluang-peluang yang boleh anda pohon terutamanya bagi pelajar lepasan SPM, STPM dan diploma.

Eksplorasi hobi dan trend juga menarik dan diharap dapat dipraktikkan pada waktu lapang oleh pembaca.Selain itu, ruangan perancangan kerjaya dan jatidiri  menyediakan teknik dan tips-tips yang berguna dan boleh digunapakai terutamanya untuk proses pembelajaran.

Akhir sekali, salam Maulidur Rasul diucapkan kepada semua pembaca. Semoga sirah baginda dapat kita hayati, renungi dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Amin.

Sekian, Wallahu A’lam.