Anne Roe yang mengintegrasikan teori personaliti dengan klasifikasi pekerjaan dan menjadikannya sebagai sebuah teori kerjaya.

Menurut Roe pengalaman awal kanak-kanak di rumah merupakan asas bagi pembentukan personaliti serta sikap individu terhadap pemilihan kerjaya . Anak-anak menjadikan peranan dan tingkah laku ibu bapa mereka sebagai model dan tauladan . Anne Roe membuat spekulasi bahawa interaksi dan gaya layanan ibu bapa yang diterima oleh seseorang individu adalah penting dalam menentukan orientasi pemilihan kerjaya . Teori kerjaya Anne Roe menumpu kepada dua dimensi atau bahagian iaitu personaliti dan klasifikasi pekerjaan . Tujuan teori ini dibangunkan ialah untuk melihat hubungan atau pertalian antara semua bidang pekerjaan dengan latar belakang kekeluargaan dan pengalaman layanan ibu bapa terhadap individu semasa kanak-kanak.

 

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya :

Latar Belakang Genetik Latar belakang genetik mempengaruhi pembentukan minat, kecerdasan, sikap, personaliti dan lain-lain yang akhirnya mempengaruhi pemilihan kerjaya individu

Pengaruh tenaga Psikik

 

Perkembangan keupayaan khas seseorang individu ditentukan oleh kearah mana tenaga psikik diperkembangkan di luar kawalan atau tanpa sedar. Keperluan paling asas ialah keperluan untuk rasa dimiliki dan ia akan kekal sebagai sebahagian elemen tidak sedar . Keperluan tidak sedar ini akan membentuk tenaga psikik dan seterusnya mempengaruhi bidang kerjaya individu.

 

Pengaruh Genetik dan hierarki keperluan

Faktor genetik dan perkembangan hirarki keperluan individu mempengaruhi keputusan pemilihan kerjaya individu. Keperluan yang kuat untuk memenuhi sesuatu keperluan adalah sumber motivasi yang sangat kuat

Gaya layanan ibu bapa :

MESRA
Mesra Bersahaja

 

Ibu bapa memberi kasih saying yang sederhana kepada anak-anak. Memberi perhatian kepada anak-anak apabila ada masa lapang. Ibu bapa sambil lewa, peraturan tidak dikuatkuasakan

 

Mesra Pengasih

 

Ibu bapa memberi kemesraan dan kasih sayang kepada anak-anak.Mereka cuba membantu anak-anak dalam menyelesaikan masalah penting.Mereka memberi pujian dan kebebasan yang munasabah

 

DINGIN
Dingin mengabai

 

Ibu bapa kurang memberi perhatian dan kasih saying kepada anak-anak. Ibu bapa memberi penjagaan minimum kepada anak-anak.Ibu bapa selalu tidak menepati janji yang dibuat dengan anak-anak

 

Dingin mengelak

 

Ibu bapa yang mengelak bersifat dingin. Tidak mengambil berat hal anak-anak. Selalu merendah-redahkan kebolehan anak-anak serta seringkali menghina anak-anak.

 

MENUNTUT
Terlampau melindungi

 

Ibu bapa dapat memenuhi keperluan fisiologikal anak-anak. Ibu bapa memberi perhatian kepada minat, memanjakan, memberi kasih –sayang, menjaga keselamatan dan kurang memberi kebebasan kepada anak-anak. Memberi pujian dan ganjaran yang berlebih-lebihan serta seringkali mencampuri urusan anak-anak.

 

Terlampau menuntut

 

Ibu bapa menyediakan piawaian yang tinggi untuk diikuti oleh anak-anak.Peraturan yang dibuat sangat keras, tegas dan anak-anak tidak boleh membantah . Mereka mahu anak-anak melibatkan diri dalam aktiviti yang berguna.Cenderung memberi dendaan dan membatasi hubungan anak-anak dengan rakan sebaya.

 

Hipotesis Ann Roe:

Hipotesis 1 :

Ibu bapa yang bersifat melindungi, menuntut dan pengasih akan menghasilkan anak-anak yang berkecenderungan kea rah berorientasikan manusia dan kemudiannya memilih pekerjaan yang berorientasikan manusia.


Hipotesis 2:

Ibu bapa yang menolak, mengabai dan bersahaja akan menghasilkan anak-anak yang berkecenderungan ke arah tidak berorientasikan manusia dan kemudiannya memilih pekerjaan yang tidak berorientasikan manusia

 

Hipotesis 3 : Anak-anak yang terlampau dilindungi dan terlampau dituntut berkemungkinan akan berada dalam keadaan helah bela diri dan menjadi tidak berorientasikan manusia


Hipotesis 4 : Sesetengah individu daripada keluarga yang ibu bapanya menolak berkemungkinan akan memilih kerjaya yang berorientasikan manusia dalam usaha untuk mencari kepuasan


Hipotesis 5 :Layanan dan asuhan yang mencukupi kepada anak-anak oleh ibu bapa yang pengasih dan bersahaja di samping factor lain seperti kebolehan individu mungkin menjadikan keperluan hubungan interpersonal lebih utama daripada keperluan peribadi

Sumber : Teori Pemilihan Kerjaya Ann Roe. Prof. Madya Dr. Sidek b Noah . UPM