Kesinambungan daripada artikel lepas – sudahkah anda cuba menjawab persoalan-persoalan yang diutarakan dan karangan pendek yang diusulkan?

Mari kita menjejaki dan mengenali pula apa yang dikatakan Analisis SWOT ( Strength, Weaknesses, Opportunity & Threats) . Langkah ini sebenarnya masih dalam kategori Mengenal diri – SIAPA ANDA?

Analisis SWOT  ini sebenarnya sering digunapakai dalam sesebuah organisasi bagi menilai kekuatan dan kelemahan yang ada untuk terus berada dan bersaing dalam pasaran. SWOT juga sudah diperkenalkan kepada pelajar peringkat diploma dan ijazah di Malaysia bagi membantu mereka melaksanakan sesuatu ássignment’dan projek subjek. Disebabkan analisis ini bersifat universal, ia juga boleh digunakan sebagai alat untuk menilai diri sendiri dan dikenali sebagaiPersonal SWOT analysis.

Setiap orang mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Jangan menganggap diri anda lemah semata-mata sekiranya anda mendapat markah tercorot atau duduk di kelas yang paling akhir di sekolah! Cuba dahulu petakan segala apa yang anda tahu dan tanya pendapat rakan atau orang di sekeliling mengenai diri anda di dalam rajah SWOT. Sekurang-sekurangnya anda akan mempunyai daya motivasi baru untuk menggerakkan diri anda ke hadapan.

Menurut pakar career coach di serata dunia , anda berkemungkinan besar akan BERJAYA DALAM HIDUP jika anda menggunakan bakat yang ada secara berkesan dan secara menyeluruh. Jika membuat sesuatu , buatlah sehingga berjaya bak kata pepatah genggam bara api biar sampai jadi abu’.

Bagaimana SWOT analisis membantu anda dan bagaimana menggunakannya? 

Jawab soalan mudah dan analisis diri sendiri . Anda juga boleh bertanya kepada rakan-rakan, ibu bapa atau orang yang dekat dengan diri anda.

 

KEKUATAN (STRENGHTS)

  • Apa kekuatan saya ?

  • Apa kelebihan yang ada pada diri saya berbanding orang lain ( contohnya kemahiran, sijil, pendidikan , rangkaian kenalan)

  • Apa yang anda lakukan lebih baik dari orang lain ?

  • Apa yang orang lain lihat dalam diri anda sebagai kekuatan ?

  • Apakah kejayaan yang paling anda banggakan?

  • Apakah nilai-nilai positif yang ada pada diri anda ?

 

KELEMAHAN (Weaknesses)

  • Apakah perkara yang selalu anda elakkan kerana anda tidak berasa yakin melakukannya?

  • Apa yang orang di sekeliling anda akan melihat sebagai kelemahan anda?

  • Adakah anda benar-benar yakin dalam pendidikan dan latihan kemahiran anda? Jika tidak, bidang apakah yang paling lemah?

  • Apakah tabiat kerja anda yang negatif (misalnya, adakah anda sering lewat, tidak teratur, adakah anda seorang yang kurang sabar, atau adakah anda kurang bijak mengawal tekanan belajar)?

 

PELUANG (Opportunities)

  • Bagaimana teknologi baru yang boleh membantu anda? Atau anda boleh mendapat bantuan daripada orang lain atau dari orang-orang melalui Internet?

  • Adakah anda mempunyai rangkaian kenalan strategik untuk membantu anda, atau memberi nasihat yang baik melalui persatuan-persatuan, aktiviti luar kelas dan kokurikulum?

 

ANCAMAN (Threats)

• Apakah halangan yang anda sedang hadapi ?
• Adakah mana-mana rakan sebaya yang boleh menghalang daripada anda mencapai sesuatu yang positif?
• mana-mana kelemahan anda dapat membawa kepada ancaman?

 

Dengan melaksanakan analisis ia akan menyediakan maklumat penting yang boleh menunjukkan apa yang perlu dilakukan dengan meletakkan masalah ke dalam perspektif. Semoga melalui analisis ini anda lebih objektif dalam merencana pelan pendidikan dan kerjaya dengan lebih teratur.

 

contoh-contoh lain  :

http://academy.clevelandclinic.org/Portals/40/Personal%20SWOT%202008.pdf

http://www.psni.org.uk/documents/42/Personal+Swot+Analysis.pdf

Photo Credit : 89Studio @ freedigitalphotos.net