Menurut definisi kamus Webster, emotion atau emosi bermaksud A natural instinctive state of mind deriving from one’s circumstances, mood, or relationships with others.Any of the particular feelings that characterize such a state of mind, such as joy, anger, love, hate, horror, etc.

Manakala menurut Daniel Goldman (1995), pakar kecerdasan emosi memberi definisi emosi sebagai setiap kegiatan atau pergolakan fikiran, perasaan, nafsu dan keadaan mental seseorang.

Sebagai remaja, anda melalui banyak perubahan dari segi pertumbuhan fizikal, mental dan tanggungjawab. Pada masa inilah sebenarnya sokongan daripada ibu bapa, orang yang lebih dewasa dan persekitaran yang baik diperlukan untuk membentuk sahsiah diri yang baik. Hal ini demikian kerana menurut G.Stanley Hall (1916), golongan remaja yang juga rata-ratanya pelajarsekolah menengah dan kolej mengalami strum and drag atau pun storm and stress yang melibatkan ketenangan, kegeloraan dan tekanan.

Justeru itu tidak hairanlah mengapa ramai pelajar yang berhadapan dengan masalah dengan kurang minat belajar, menjadi pemarah, dan beremosi berbanding dengan tumpuan untuk pelajaran. Menurut Yahya dan Haizuan (2001), kegagalan mengimbangi tuntutan perubahan fizikal dan persekitaran ini membuatkan pelajar berada dalam kecelaruan perasaan yang boleh menghilangkan mood untuk belajar. Selain itu, jika anda gagal untuk menenangkan emosi bukan sahaja mood belajar akan hilang, malahan masalah-masalah lain juga akan timbul seperti hati tidak tenang, konsentrasi menurun dan hilang selera untuk membuat aktiviti yang berguna.

Memetik daripada surah Al-Imran ayat 134 yang menyatakan “Mereka menafkahkan harta benda mereka ketika senang ataupun susah, mereka juga mampu mengawal perasaan marah dan mereka juga suka memaafkan kesalahan orang lain.” (ali-Imran 3: 134)

Mereka yang mampu mengawal emosi mampu mengawal suasana. Mereka yang bersifat seperti ini akan disegani lagi dihormati sekali gus. Kesemua ini adalah ramuan menuju kecemerlangan. Justeru, apabila kita marah, sebutlah nama Allah berulang-ulang kali dan jika perlu diamlah untuk seketika. Peringatkan diri kita bahawa inilah saatnya kita akan tergelincir menjadi seorang yang bodoh apabila kita tidak mampu mengawal diri. Di dalam Ihya’ Ulumuddin, Imam al-Ghazali r.h. berkata, “Ketika perasaan marah berkobar ia boleh diubati dengan azimat ilmu dan amal.”(alfurqanonline.net)

 

Pelbagai cara yang boleh dilakukan anda untuk menenangkan emosi. Antaranya ialah pemusatan fikiran , tidak cemas dalam mengahadapi sesuatu situasi yang anda rasa susah , mengenepikan rasa marah dan meluaskan perspektif anda terhadap aktiviti-aktiviti lain yang boleh dilakukan asalkan berfaedah. Kekalkan Emosi positif (seperti gembira, ceria, tenang, sayang, cinta, rasa kekeluargaan, semangat persahabatan, kerjasama, saling maaf-memaafkan, saling membina jati diri di antara satu sama lain) sepanjang masa dan bukan sekejap sahaja.

Berikut adalah cara bagaimana melakukan meditasi pendek yang boleh dilakukan untuk menenangkan emosi :

1. Cari  tempat di mana anda boleh mendapat privasi, elak berbual-bual untuk sementara.
2. Tarik nafas melalui hidung, hembus perlahan-lahan. Lakukan 4-7 kali.
3. Pejamkan mata, berusaha untuk tenangkan diri, tenangkan fikiran.
4. Kawal pernafasan, bernafas dengan penuh perlahan.
5. Tenangkan diri setenang mungkin selama beberapa minit.
6. Elak untuk tertidur!

 

Sebagai orang Islam, saya mengingatkan diri saya dan anda semua bahawa doa dan zikir adalah jalan terbaik dan senjata utama orang Islam dalam setiap hal. Oleh itu disarankan ketika anda bermeditasi itu berzikirlah sama.

“Golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah, Allah janjikan mereka keampunan serta ganjaran yang besar.” (al-Ahzab 33:35)

Zikir boleh dikiaskan seperti alat penggilap hati yang berkesan. Apabila kita berzikir, kita seolah-olahnya sedang menggilap hati dan diri kita sendiri menuju kecemerlangan. Bandingan ini dengan kereta kita yang digilap selalu. Kereta itu sudah pasti sentiasa bersinar. Justeru, denyutkanlah hati dengan zikrullah selalu, walaupun sekadar mengulang-ulangi kalimat Subhanallah. Serentak dengan itu, janganlah kita abaikan ibadah-ibadah wajib. Jangan dilupakan firman Allah dalam surah ar-Ra’ad ayat 28: “Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan menjadi tenang.”(alfurqanonline.net)

Sama-samalah kita menuju kecemerlangan di lapangan pelajaran dan di tempat kerja dengan mengamalkan zikir sebagai ubat penenang emosi dan fikiran. InsyaAllah, semoga kecemerlangan akan berpihak kepada kita.

Sumber :

www.imotivasi.net

www.alfurqanonline.net

Mohd.Yahya Mohamed Ariffin dan Muhammad Haizuan Rozali (2001). Akademik, kerjaya dan anda.Utusan Publications & Distribution Sdn Bhd.

photo credit: Broo_am (Andy B) via photopin cc

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Join our mailing list to receive the latest news and updates from our team.

You have Successfully Subscribed!