Kerjaya merupakan perkataan yang senang untuk diucapkan namun, ramai yang masih keliru dengan maksud sebenar kerjaya. Kekeliruan ini bukan sekadar pada pelajar malahan kepada golongan dewasa yang akhirnya menjurus kepada ‘career reinvention’. Perancangan kerjaya yang baik perlu melalui beberapa proses tertentu dan disarankan diberi pendedahan seawal mungkin kepada pelajar untuk mula meneroka dan mengenalpasti kerjaya yang diminati agar bersesuaian dengan kebolehan dan kemampuan mereka. Faktor minat, kebolehan, dan kemampuan individu amat penting untuk pilihan kerjaya dan merangka perancangan rapi ke arah mencapai kerjaya yang diidamkan.

Langkah utama yang perlu dilakukan adalah membuat self assessment. Melalui self assessment ini pelajar/individu akan mula mengetahui minat, kebolehan, kemampuan, kekuatan, dan kelemahan diri. Selain itu, peluang dan cabaran semasa serta mendatang dapat ditelah. Bertitik-tolakkan self assessment inilah pelajar/individu perlu mula melakarkan perjalanan dari Point A ke Point B dan seterusnya menentukan bagaimana cara untuk sampai ke destinasi dengan selamat.

Hakikatnya, pelbagai halangan dan kesusahan akan ditempuh semasa dalam perjalanan dan ketika inilah individu perlu sabar, tabah, dan sentiasa bertawakkal kepada Allah untuk terus berusaha dengan bersungguh-sungguh agar kekal dilandasan ke destinasi yang dituju. Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T telah menjanjikan kesenangan atas sesuatu kesusahan yang dilalui oleh manusia. Maka dengan itu kita tidak perlu goyah dengan ujian, sebaliknya terus cekal dalam melakukan sesuatu usaha yang telah dirancang dengan penuh kesabaran dan sentiasa berwaspada.

Kegagalan dan kelemahan semalam tidak seharusnya dilabelkan sebagai kegagalan sepanjang hidup oleh diri sendiri, ibubapa, guru, kawan, atau sesiapa saja, sebaliknya ia hanya sebagai sejarah yang perlu diambil iktibar dengan mengatasi setiap kelemahan yang dikenalpasti untuk membina kekuatan dimasa hadapan. Allah menjadikan masa 24 jam kitaran siang dan malam adil untuk semua, maka manusia perlu bijak dan bersungguh-sungguh mengatur langkah dan strategi untuk mengejar masa agar tidak digelar sebagai golongan yang rugi.

Tugasan kepada pelajar/individu:

1. Apa itu kerjaya (career)?

2. Apa itu pekerjaan (job)?

3. Apa perbezaan antara kerjaya (career) dengan pekerjaan (job)?

4. Siapa yang menentukan pilihan kerjaya anda?

a. Sendiri

b. Ibubapa

c. Guru/Kauselor

d. Kawan-kawan

e. Lain-lain

 

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Join our mailing list to receive the latest news and updates from our team.

You have Successfully Subscribed!